BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

MARWA AL SHERBINI


                    Assalamualaikum w.b.t…segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang berkuasa atas setiap sesuatu. Segala puji bagiNya yang mencampakkan rasa ketenangan dalam hati dan Dia juga yang mempermudahkan segala urusan hamba - hambaNya...alhamdulillah...rasenye sudah lame tidak 'm’update' blog dek kerana sibuk dengan tugasan seharian. Apepn, hari ini nak berkongsi kisah MARWA AL SHERBINI. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah Marwa Al Sherbini setelah mengikuti aktiviti bersama - sama sahabat yang kami diberi nama "Mujahidah Turun Padang". Beberapa aktiviti yang kami jalankan bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal, mengeratkan ukhwah antara kami serta berbincang berkenaan isu semasa, Salah satu isu yang diperbincangkan berkenaan MARWA AL SHERBINI iaitu seorag warga Mesir yang tinggal di Jerman dan dibunuh secara kejam kerana mempertahankan hijabnya.


               Di Mesir hari ini, Marwa al-Sherbini, yang dibunuh kejam di Dresden, Jerman kini dikenali ramai sebagai tokoh yang syahid kerana pemakaian hijabnya. Berita hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuhnya selepas perbicaraan dua minggu mendapat tempat istimewa di saluran televisyen nasional Mesir. Di Berlin, duta mesir ke Jerman, Ramzi Izzudin memberitahu media pembunuh Marwa, Alexander Wiens telah menerima "hukuman paling keras."



               Jurucakap kementerian luar Mesir, Hossam Zaki menerima berita hukuman itu senang, menegaskan bahawa "keadilan telah terlaksana" dan hukuman itu merupakan "satu amaran kepada mereka yang terdorong oleh kebencian." Wiens, warga Jerman berketurunan Rusia menikam Marwa sekurang-kurangnya 18 kali di sebuah mahkamah di Dresden Julai lalu, ketika wanita itu memberi keterangan terhadap beliau dalam satu kes fitnah. Wiens memanggil Marwa "teroris" dan "Islamis" - istilah popular yang membawa konotasi negatif walaupun masih didebatkan penggunaannya oleh komuniti akademik - di sebuah taman permainan kanak-kanak hanya kerana wanita Muslim itu memakai tudung.Marwa ketika itu meminta Wiens memberi ruang untuk anak lelakinya, Mustafa yang berusia tiga tahun untuk bermain di buaian.

               Marwa, ahli farmasi berusia 31 tahun sedang hamil tiga bulan ketika dia dibunuh. Anaknya ada bersama di mahkamah tersebut ketika itu. Satu susana yang tidak masuk aqal, bagaimana boleh si pembunuh ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup.

`ribuan penduduk mengiringi jenazah beliau`

            Suami Marwa, Alwi Akaz, kini tempang akibat kecederaan dialami dalam insiden itu. Perincian kejadian itu mengejutkan warga Mesir dan tercetus kemarahan terhadap tindak balas perlahan pihak berkuasa Jerman menghulurkan simpati dan menangani dakwaan Islamofobia. Hakikat bahawa suami Marwa ditembak kerana disangka penyerang mendedahkan prejudis yang wujud di negara Eropah itu. Seminggu selepas kejadian, pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel mengucapkan simpati kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tetapi Merkel tidak membuat komen secara terbuka. Pada masa sama, ribuan menghadiri pengkebumian Marwa di kampung halamannya di Iskandariah. Ramai membawa kain rentang dengan slogan menuntut pembalasan.



            Ada juga yang berdemonstrasi di luar kedutaan Jerman dan di Masjdi al-Azhar di Kaherah, dengan sebilangan mencela Jerman sebagai "peradaban zalim" dan menjeritkan tuntutan hak asasi dan keadilan. Perbicaraan Wiens mendapat liputan luas media Mesir, dan sekumpulan peguam Mesir hadir di Dresden dan dibenarkan mengemukakan hujah perundangan. 

            Beberapa orang tokoh perundangan Mesir memuji keputusan mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman ke atas Wiens, tetapi ramai warga Mesir melahirkan perasaan alangkah baiknya sekiranya Jerman melaksanakan hukuman mati. Suami Marwa memberikan keterangan yang meruntun jiwa, menceritakan bagaimana anaknya, yang kini tinggal di Mesir bersama keluarganya, merindui ibunya. Alwi sekeluarga berpindah ke Jerman untuk dia meneruskan kajian doktoral biologi melekul tetapi kini melahirkan kemungkinan akan meninggalkan Dresden.


~ senyuman seorang syuhada~



  

            Tarek Sherbini, abang Marwa, berkata "imej rakyat Jerman sangat buruk" ekoran kejadian serangan itu dan mendakwa kejadian itu menunjukkan kebencian terhadap Muslim. Hubungan Jerman dengan Mesir dan dunia Islam mampu terjejas akibat kejadian ini, terutama sekiranya reaksi lanjutan tercetus dan membakar sentimen. Jerman didiami oleh 4 juta Muslim, komuniti Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. Sebagai memperingati wanita digelar "Syahidah jilbab" ini, nama Marwa kini dirancang untuk dijadikan nama jalan di Iskandariah.
        
       Sama - sama kite renungi kisah Marwa, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Syahid disisi Allah kerana tudung yang dipakainya. Bagaimana dengan kite pada hari ini??? Islam diketepikan...asalkan bergaya, ikut trend terkini...artis menjadi ikutan, pujaan...nauzubillah...
ingatlah wahai kaum wanita sekalian, tidak terlepas juga diri ini yang kerdil lagi dhaif dengan ilmu - ilmu Allah...kebahagian yang kite kecapi pada hari ini adalah yang sementara sahaja. Sesungguhnya, kebahagian diakhirat kelak adalah kebahagian buat selama - lamanya. Sama - samala kite menjaga aurat kite...takutlah akan NERAKA SAQAR( api yang membakar kulit)...sama - sama kite muhasabah diri kite...wallahualam





-marwa al sherbini disamping suami dan anak-


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...



Tuesday, January 11, 2011

PERHIASAN DUNIA AKHIRAT...

                                            Bismillaahirrahmaanirrahiim...



Wahai saudari yang aku cintai . . .

Cantik bukan bererti buka-buka'an
Cantik bukan bererti selalu berdandan
Cantik bukan bererti seorang pujaan

Ku ulurkan jilbab ku,
hingga terasa damai hati ku...
Ku longgarkan pakaian ku,
hingga tertutup bentuk tubuh ku...

Ku lakukan semuanya demi perintah Ilahi Rabbi
dan ku berbisik dalam hati
Semoga Engkau ridha terhadap amal dan niat tulus ku
karena-MU...

Andai semua orang memahami
CANTIK LAHIR BUKANLAH UKURAN
tetapi.. CANTIK HATI menyentuh hati semua orang dan suri tauladan Rasulullah yang patut kita junjung tinggi dalam hidup kita . . . ^^




=====

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....

Barakallahufiikum.. semoga bermanfaat

^_senyum_^ 


hmbaMu yang kerdil mencari keredhaanMu...

Monday, January 10, 2011

~1991 - 2011~

            Alhamdulillah...segala puji bg Allah. Segala selawat dn salam buat Rasul junjungan, kaum keluarga, sahabat dn shabiah...Ari ni genap umurku 20 thn..alhamdulillah bsyukur sngat2 kerana msih diberikn umur yg pnjang olehNya utk menikmati nikmat IMAN dn ISLAM pd ari ni..




                                                             ~  mekasih ~

            Syukron jzilan utk semua shbt2 yg 'wish' bzday dn kpd klasmate2 yg bg suprise smlm.^_~.Terima ksih atas doa2 kalian. Alhamdulillah, peningkatan usia mestilah selari dgn peningkatan amal.
sElAmAt mEnAmBah Ilmu,sElAmAT mEnAmbAH AmAL, sELaMat m'EraTKN huB. silAturAhiM,SeLAmaT MenAMbaHkn rAsA takUT kpd ALLAH...



         Ari ni juge nk publishkn blog utk berkongsi serba sedikit maklumat dn info2 dgn sahabat2 semua. Harapnye, blog ni b'manfaat utk shbt2 semua. Salam tahniah dn takziah utk dri sendiri...

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Wednesday, January 5, 2011

HUKUM BERCOUPLE???


          Assalamualaikum w.b.t...segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Segala selawat dan salam buat Rasul junjungan, keluarga serta para sahabat. Alhamdulillah, masih nikmat kesihatan yang tidak terhingga. Alhamdulillahx3...segala puji bagiNya..
         Alhamdulillah, hari ini first day kuliah. Rasa bersemangat dan tak sabar2 untuk mempelajari ilmu berkenaan pendidikan khas. Rasa bertuah sangat coz dapat mempelajari something yang baru dan berbeza dengan orang lain. Terkesan dengan kata2 ketua jabatan pendidikan khas, "kamu bertuah kerana mengambil opsyen pendidikan khas, semua cikgu boleh mengajar murid2 tapi tak semua cikgu boleh mengajar murid2 pendidikan khas" . Bertuah sangat2 kerana diberi peluang olehNya untuk mendalami dan menyelami perasaan insan2 yang telah dijanjikan syurga olehNya..semoga diberikan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi insan2 " istimewa". I.Allah...amiin2
         Hari ni nak kongsi pasal 'couple'. Rasa terpanggil untuk menulis berkaitan 'couple' lepas mengikuti kelas bersama Puan Salma Ahmad(mama). Hari pertama bersama2 dgn mama adalah sesi penyucian jiwa. Mama banyak sentuh sal couple, aurat dan sebagainya. Alhamdulillah, saya suka dengan pendekatan yang mama bawa. Cukup bermakna!!!smoga Allah membuka pintu hati kami semua(opsyen pk(bm/ks/pj)..amiin3..jadi i.Allah kite same renung2kan dan muhasabah diri kite berkenaan 'couple'. 



ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan : ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nur :30).Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nur: 31)

2.Menutup Aurat ; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. 
Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya batasan antara lelaki dengan wanita ; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan ; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan) : Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. 
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis ; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) 
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiah
 dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya..

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:


1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.





Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.Jawab beliau;
Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya. Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.

Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat


Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.Fenomena CoupleDalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.

Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah...

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Monday, January 3, 2011

Tahun BARU, AZAM BARU!!!





                Dengan namaMu yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...selawat dan salam buat baginda Rasulullah s.a.w serta keluarga dan kamu kerabat. Alhamdulillah kite dah masuk tahun 2011, masih diberikan peluang dan ruang untuk mengecapi keindahan alam ciptaanNya. Sudah semestinya sahabat2 semua sudah mendapat keputusan peperiksaankan??. Tahniahx3!!!bagi yang mendapat keputusan tidak mengembirakan, jangan sedih dan berputus asa. Ingat ye sahabat2, Dia bagi yang terbaik utk hmba2Nya...Dia bagi bersesuaian dgn usaha kite semua...






                

      
                    MELANGKAU  2011........azam baru!!!moga tahun 2011 lebih baik berbanding tahun 2010...i.Allah...






 .....APA YANG PENTING, TANGGUNGJAWAB BERAT DAN BERTAMBAH UNTUK DIRI SENDIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, DAN AGAMA......
       

                                                                                                  


 Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung( ali imran ; 104)
  

                                                                
                                                                       

                                                                                  
                                                                                   

Tidak aku ciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadat kepadaku”(az-zariyat:56)

 Semoga Allah mempermudahkan semuanya...amiin2

Sedikit perkongsian...

KISAH 5 PERKARA ANEH


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi,
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata,
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu,
"Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata,
"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "
Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.
Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya,
"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.







hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMU...