BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

10 WASIAT AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA



            Assalamualaikum pembuka bicara....segala puji bagi Allah yang telah memberi ruang dan peluang untuk ana berkongsi sedikit sebanyak info dengan sahabat - sahabat semua. Segala selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad s.a.w., kaum keluarga baginda dan sahabat shabiah....
          Sudah lame ana tidak mejenguk blog ana dek kerana jaringan internet yang tidak memuaskan. Banyak perkongsian yang ingin ana 'post'kan untuk tatapan sahabat - sahabat. Alhamdulillah, hari ni ana ingin berkongsi 10 WASIAT AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA, ana begitu teruja sekali setelah mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan As Syahid setelah ana memilih beliau sebagai tokoh tamadun Islam bagi menyiapkan asigment ana...alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya...








1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.



2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.


3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.


4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.


9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.



"Sesungguhnya apa yang diketahui oleh orang ramai mengenai As Syahid Imam Hassan Al Banna adalah sangat sedikit berbanding dengan hakikat sebenarnya. Batinnya adalah beribu kali lebih baik daripada zahirnya, beliau mempunyai satu keperibadian yang sama di dalam dan di luar rumah yang mana dia adalah contoh ikutan bagi setiap individu dalam keluarganya begitu juga bagi semua saudaranya dalam jemaah Ikhwanul Muslimin. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa."









renung - renungkan, dan selamat beramal...^^


 hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Thursday, February 17, 2011


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…Segala puji – pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam senantiasa tercurah buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w penghulu bagi orang – orang bertakwa. Tidak lupa juga buat keluarga, para sahabat dan mereka yang sentiasa mengikuti petunjuk-Nya. Hanya kepada Allah jualah kami memohon, semoga kami diberi keikhlasan, taufik serta hidayah-Nya.

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam seluruh dunia...alhamdulillah, sungguh teruja untuk ana menulis post sempena menperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..subhanallah...alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan olehNya untuk  meng'publish post berkaitan Maulidur Rasul..

Sabda Rasulullah S.A.W :
`Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama – samaku di dalam syurga.’

 KENALI PERIBADI MULIA RASULULLAH





Kelebihan baginda yang tertinggi – akhlak

 Hasil daripada tarbiyah langsung oleh Allah SWT, baginda mempunyai akhlak yang sangat bersih.
Saidatina Aisyah pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah menjawab: “Akhlaknya seperti Al-Quran”
Baginda adalah pembumian Islam. Baginda adalah bukti daripada Allah SWT bahawa Islam itu mampu dilaksanakan. Dan kalau ada orang berkata: “Boleh lah, dia Nabi”, saya akan berkata: “Maka lihatlah Abu Bakar, lihatlah Umar. Mereka ditarbiyah oleh Rasulullah SAW. Bukankah mereka manusia biasa?”
Baginda Rasulullah SAW sangat merendah diri. Walaupun dia Rasul, dia langsung tidak membesarkan dirinya. Hatta apabila dia diseksa di Taif dan Allah menghantar malaikat untuk menghukum penyeksanya, dia meminta Allah melepaskan mereka.
“Moga nanti, dari tulang sulbi mereka, muncul manusia yang beriman” Itu bicara baginda.
Saat baginda diizinkan Allah SWT untuk mengucap kemenangan besar pada Fathu Makkah, baginda tidak memasuki Tanah Haram itu dengan mendabik dada megah. Tetapi baginda menunduk, bertasbih memuji-muji Allah SWT dengan penuh rasa kerdil. Hingga diriwayatkan bahawa, dagunya hampir menyentuh tubub Qaswa, unta tunggangannya.
Baginda sangat rapat dengan anak-anak. Baginda juga mencintai orang miskin dan anak yatim. Baginda pernah merapatkan jari telunjuknya dan jari hantunya, kemudian baginda bersabda: “Aku dengan anak yatim, adalah seperti ini”


Bukan pendendam

Rasulullah SAW tidak menyimpan hasad di dalam jiwanya. Ketika menawan Makkah, semua kaum quraisy yang pernah menyiksanya dahulu merasa risau. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya:
“Pada pemikiran kamu, apakah yang akan aku lakukan?”
Kaum Quraisy menjawab: “Kamu wahai Muhammad, hanya melakukan yang baik-baik sahaja”
Rasulullah SAW tersenyum. “Kamu semua bebas”
Mudah. Tidak dia membalas perbuatan orang-orang kafir Makkah. Tidak pula dia mencari personal-personal yang telah menyusahkan jalan dakwanya. Tidak. Tetapi dia memaafkan.

Sangat amanah

Rasulullah SAW digelar Al-Amin oleh kaum Quraisy. Digelar Al-Amin kerana baginda amat amanah, jujur dan tidak pernah berbohong. Langsung tidak khianat. Walaupun selepas itu kaum quraisy menentang baginda, Rasulullah SAW tetap menjaga dengan penuh amanah barang-barang yang disuruh kaum quraisy untuk dijaga.
Rasulullah SAW tidak mencuri barangan mereka. Rasulullah SAW tidak menghilangkan barangan mereka. Walaupun mereka menyusahkan kehidupan baginda. Malah, antara sebab Rasulullah SAW meninggalkan Ali RA semasa peristiwa Hijrah adalah untuk memulangkan semua barangan yang disuruh oleh Kaum Quraisy, untuk Rasulullah SAW menjaganya.

Baginda Seorang Suami Yang Romantik, Bapa Penyayang, Sahabat terbaik

Rasulullah SAW tanpa segan, senang bermain lumba lari dengan Aisyah RH. Pernah juga sekali, semasa ada pertunjukan, dan Aisyah ingin melihatnya, Rasulullah SAW meletakkan dagu Aisyah pada bahunya.
Rasulullah SAW juga adalah bapa yang sangat penyayang. Dia amat menyayangi Fatimah. Diriwayatkan bahawa, setiap kali dia bertemu Fatimah, dia akan mencium dahi anak perempuan kesayangannya itu.
Rasulullah SAW juga sahabat yang terbaik. Ketika Abu Bakar RA menawarkan untanya semasa peristiwa hijrah, Rasulullah SAW tidak mahu menerimanya kecuali dengan bayaran. Rasulullah SAW juga tidak segan memberitahu kasih baginda kepada sesiapa yang baginda cintai.
Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling kau cintai?”
Tanpa ragu, Rasulullah SAW menjawab: “Aisyah”
“Dari kalangan lelaki?”
“Ayahnya(Yakni Abu Bakar)”
Baginda juga pernah besabda: “Andai aku boleh memilih kekasih lain selain Allah, maka aku akan memilih Abu Bakar menjadi kekasihku.”

Sangat tabah

Yang menggerakkan hati saya, adalah kehidupannya yang padat. Rasulullah SAW berdakwah, menjadi hakim, menjadi sahabat, menjadi suami, menjadi bapa, menjadi jiran, menjadi ketua negara, menjadi ketua perang. Waktu siangnya teramat sibuk.
Tetapi, kesibukan waktu siangnya tidak menganggu qiamnya yang panjang pada waktu malam. Sehingga satu tahap, kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu lama bersolat.
Aisyah pada satu hari bertanya: “Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang telah lepas dan yang akan datang”
Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Macam mana agaknya, seorag manusia yang teramat sibuk pada waktu siangnya, mampu bangun da menunaikan solat malam terlalu lama hingga kakinya bengkak?
MasyaAllah.

Lau kana bainana(Kalaulah baginda ada antara kita)

Ada satu rancangan televisyen di tanah arab ini, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.
Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?
MasyaAllah…

Bagaimana agaknya kita, kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang?
Jadikan baginda Rasulullah sebagi idola kite semua. Sama – sama kite memperbaiki amalan kite semua agar kite merupakan salah seorang umat Nabi Muhammad s.a.w yang memperoleh syafaatnya di akhirat kelak..Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.
Peribadi baginda amat mulia dan indah sekali tidak dapat diceritakan semua dengan hanay 2,3 muka surat. Peribadi baginda sungguh menawan.
Siapakah dari kalangan anda yang mengenali baginda?
Jika belum, maka selaklah sirah baginda.
Sesungguhnya anda akan jatuh cinta dengannya. Cintailah kekasih Allah,..







“seringkah kite terfikir, bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kite, tetap senyum bila dibenci,tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi…kenapa kite mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yg dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila org lain tidak memahami, mudah terguris bila dilukai….Ayuh kite tarbiah diri, agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah nabi, itulah sifat hamba Allah yang hakiki"


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu..