BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 27, 2011


~KISAH NABI YUSUF AS SEBAGAI MORAL PERJUANGAN~

Assalamualaikum w.b.t...segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Segala sewalat dan salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, ahli bait, para sahabat serta pejuang2 Islam yant tidak pernah gentar akan musuh Islam demi mencari keredhaanNya....

Alhamdulillah, kesenggangan masa yang ada ingin ana kongsikan keratan akhbar SINAR HARIAN dgn sahabt2 semua...akhir-akhir ini, banyak isu lucah dihidangkan kepada masyarakat kita semua. Sebagai seorang bakal guru serta kakak kepada 3 orang adik yang sedang membesar, banayk persoalan yang dipersoalkan oleh mereka...yelahkan, budak2...ape yg mereka tahu...antara persoalan yang diutarakan oleh mereka  :
1) "akak, LIWAT tu ape ye?...
2) "seks tu ape?....
3) "air mani tu pe?...dan yg sewaktu dengannya...
hmm, persoalan ini keluar daripada mulut2 comel adik2 yang tidak mengerti ape2...mana mungkin persoalan sebegini tidak diutarakan oleh mereka...terpampamg didada2 akhbar perkataan2 'baru' bagi mereka, siap dimuka hadapan lagi...ape nk jadi dgn dunia sekarang ye...subhanallah, 

SAMA2 KITE IKUTI KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN, 27 MAC 2011
Kehadiran nyata baik sekali : wakil-wakil pertubuhan Islam, teman-teman reformis, jiran, mahasiswa dan aktivis muda. Datuk Johari Abdul, MP Sungai Petani tampil memberi sedikit ucapan mengulas fitnah yang dilancar awal minggu ini. Sdr Badrulhisham atau Chegubard yang hadir turut mengulas pengalamannya dibawa menemui Rahim Thamby Chik, menonton video dan memahami konspirasi dan penipuan di sebalik ceritera fitnah ini.
Sesi tazkirah seterusnya disampaikan teman lama yang juga Presiden WADAH, Ustaz Siddiq Fadzil. Beliau antara lain ungkapkan betapa saat-saat sulit itu bahagia dengan adanya teman yang setia, yad’u rabbahum. Ustaz Siddiq nyata sebak mengenai saat-saat saya melalui pengalaman dipenjarakan dari umur 20an sehingga 60an kini, lantas merujuk kupasan surah Yusuf “ahsanal qasas” (kisah terindah).
Kupasan kisah para anbiya’ ini acapkali dilupakan keperluan untuk ‘nussabbit fuadan’, memantapkan kekuatan hati. Putaran hasad dengki terus menerus mejadi punca perlakuan jahat dan jijik. Ini menyebabkan kita gagal menangkap iktibar daripada kisah Nabi Yusuf AS, akan peri pentingnya pembentukan watak yang kuat tatkala berhadapan dengan ujian dan musibah.
Jika disingkap kisah Nabi Yusuf AS, baginda dipenjarakan atas kesalahan yang bukan dilakukan baginda. Penguasa Mesir al-Aziz tidak mengikut perihal hukum sebaliknya bersadar pada perkiraan politik. Yusuf AS mempunyai pilihan untuk dielak daripada dipenjara, tetapi memilih untuk mempertahankan prinsip.
Ustaz Siddiq terus menyambung dengan memetik kisah Asma’ Abu Bakar, wanita besi di zaman sirah Rasulullah SAW. 3 hari sebelum Anakanda Asma’, Abdullah ibn Zubair dibunuh penguasa tentera Umaiyyah, al-Hajjaj ibn Yusuf, Asma’ merayu dengan tegas “kamu telah merosakkan dunianya, tetapi anakku merosakkan akhiratmu.”
Kupasan-kupasan ini ternyata mengesani semangat dan iktikad saya. Lantas teringat pesan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, sahabat lama yang setia : “tiada perjuangan yang menang atas hamparan permaidani merah".
Semoga kekuatan yang Allah kurniakan usai 13 tahun yang lampau menyamai kekuatan yang dikurnia ke atas keluarga dan rakyat yang berterusan menyimpan azam untuk membebaskan Malaysia daripada percaturan politik yang kotor dan jijik. Jazakallah bagi semua yang telah hadir dan mengiringi doa daripada jauh.
Terfikir diminda kami semua, kalau zaman Nabi Yusuf dulu penipuan DNA sudah dilakukan(menggantikan darah Nabi Yusuf dengan darah kambing), masakan hari ini tidak...




hambaMu yang kerdil,mencari keredhaanMu...


...PENJELASAN BERHUBUNG VIDEO SEKS DATUK SERI ANUAR IBRAHIM...






Video Seks:Kenyataan Akhbar Dato' Johari Abdul,Yakin Bahawa Video Seks Adalah Satu Lagi Rencana Jahat Untuk Memfitnah DSAI, Beliau Mengakuinya Setelah Melihatnya Sendiri...

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011


sama2 kite fikir2kan...

hmbaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Saturday, March 26, 2011

...bersama-sama insan yang telah dijanjikan syurga olehNya...

                   

"ekgu,ekgu tinggal kt ne?"...
"ekgu,ekgu dh nk blik k?"...


Begitu sukar sekali untuk mereka mengeluarkan butir bicara seperti ini...namun, semangat yang ada pada diri mereka mengatasi segalanya...sebak tatkala melihat ibu serta bapa mereka menghantar mereka serta menjemput mereka...sungguh tabah dan mulianya hati si ibu dan ayah, subhanallah...walaupun anak mereka tidak seperti kanakk-kanak lain, namun mereka mempunyai kesedaran untuk menyekolahkan anak-anak mereka demi memastikan anak-anak mereka berupaya untuk menguruskan diri mereka sendiri...

Alhamdulillah, tempoh selama seminggu berkampung di sek.keb khir johari bagi melihat proses p&p sekolah(sbe-school base experience) telah berakhir. Perasaan rindu terhadap anak2 khas mencengkam sanubari.


 Cg.Jiha merinduimu syg...^^


i.Allah, sekiranya dipanjangkan umur olehNya...cg.Jiha akan mohon utk posting di s.k j...^_^




-suasana kelas-


-pemeriksaan gigi-


-sebelum kelas-



-aina syg cg.-



-nur aiman(hydrocephalus)-





Bersama2 dgn pengasas jab.PK


Menguruskan murid yang usia cukup utk bersekolah namun tahap perkembangan fizikal dan mentalnya seperti bayi. Pengalaman yang sangat bermakna bersama2 mereka semua. Alhamdulillah,sungguh hebat perancanganMu Ya Allah...Engkau tempatkn driku dikalangan mereka yg telah dijanjikan syurga olehMu...disamping,driku sntiasa muhasabah diri akan segala nikmat kurniaanMu yang tidak terhingga...thank you Allah,thank you Allah, thank you Allah...
..kerana CINTA jua, aku berbicara...

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...


Monday, March 21, 2011

Siapakah lelaki soleh...

                 Assalamualaikum pembuka bicara...segala puji-pujian kpd Allah s.w.t diatas segala nikmat kurniaanNya yg tidak terhingga...segala selawat dan salam buat Rasul junjungan, ahli bait dan para sahabat...salam ukhwah untuk semua...

            Ya Allah, lame dri ini duk merenung jauh...NUN JAUH DISANA...dunia hari ini sngguh hebat Ya Rabb...penuh dgn kelalaian,penuh dgn tipu muslihat, penuh dgn sgala mcm...gejala sosial berleluasa......salah siapakah??ibu yang mengandung?guru2 yg tdk m'beri bimbingan yg sepatutnye?adkh kerana sikap masyarakat sekeliling yg tdk mengambil berat?salah alim ulamakah?subhanallah...

ada lagikah lelaki2 soleh diluar sana???bantulah kaummu ini wahai kaum adam...bantulah mereka..bimbingla mereka untuk mengenal Allah...



LELAKI SOLEH dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara-perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang-orang yang soleh juga merupakan insan-insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup).
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri & keluarga.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin pelindung bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih-lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang-orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara-cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba
2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan-golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA

    * Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.

    * Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah SAW:

 Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )


Tauladan Rasulullah SAW dalam kehidupan berkeluarga:

    * Keadaan baginda sebagai suami dan ayah
    * Kebiasaan baginda di tengah kehidupan bekeluarga
    * Cinta kasih baginda terhadap isteri dan anak



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Wednesday, March 9, 2011

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam...segala selawat dan salam buar Rasul junjungan, kaum keluarga dan para sahabat...alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya masih diberikan ruang dan peluang untuk menikmati keindahan dunia ciptaanNya...
Pada 17-19 Februari yang lalu, persatuan intelektual mualim(PIM) kat tempat ana telah mengadakan Islamic Exploration Camp bertempat di Kem Seri Pantai, Bachok. Lagu tema bagi IEC adalah SEBIRU HARI INI nyanyian kumpulan Edcoustic. Kita nyanyi sama2 ye..^^


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


















Iec ini diadakn adalah rentetan daripada silibus usrah.Kami turus nuqaba' cuba utk mempelbagaikan uslub2 dakwah bagi menunjukkan bahawa dakwah ini bukan hanya berada dalam halaqah sahaja namun boleh divariasikan seperti nadwah, seminar, muktamar dan sebagainya.



HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMU...