BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 16, 2011

^^^SELAMAT HARI GURU^^^








Tema untuk hari guru pada tahun 2011 ialah :

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




Institut Pendidikan guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Menyokong visi misi IPG






Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

@@OPS IMTIHAN@@



 Sebagai seorang HAMBA, yang perlu kita lakukan adalah USAHA dengan seBAIK mungkin. Maksimakan kemampuan dan keluarkan kelebihan yang ada pada diri, berAZAM untuk berjaya dan melakukan usaha yang TERBAIK sepanjang proses pendidikan dan peperiksaan.

TAWAKKAL kepada Allah dengan meletakkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah yang pasti akan membantu hamba-hamba Nya. Serahkanlah hatimu kepada Allah, NATIJAH (keputusan) itu adalah urusan Allah.


~Tip-tip menghadapi peperiksaan~

  
1. Don’t Study Hard But  Study Smart
2. Banyakkan berdoa
3. Membaca Al-Quran untuk mendapat hidayah Allah
4. Melakukan Solat Hajat
5. Minta Restu Daripada kedua-dua Ibu Bapa
6. Rehat yang mencukupi



p/s: bittaufiq wannajah kpd semua guru2 pelatih IPG KAMPUS KOTA BARU khususnya dan seluruh  IPG MALAYSIA...(^_^)



USAHA 

+
DOA
+
TAWAKKAL
=
KEJAYAAN






hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Saturday, May 14, 2011

**SELALULAH BERSANGKA BAIK**


Ada sangkaan baik… Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk


Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela hantu raya
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya




Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Wallahu’alam
hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...



PROGRAM BINA.INSAN.GURU (BIG)


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam…segala selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga, para sahabat serta  mujahid/ah penyambung rantai mata perjuangan baginda Rasulullah s.a.w bagi memastikan tertegaknya sistem Khilafah Islamiyah satu hari nanti.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, Program Bina Insan Guru(B.I.G) bagi sesi 69/2011 berlangsung dengan jayanya.

BIG yang berlangsung selama 4 hari 3 malam bertempat di Pulau Poh, Tasik Kenyir membawa seribu satu pengalaman serta pengajaran kepada kami semua bakal-bakal guru. Program ini bertujuan untuk membina jati diri seorang guru dari segi fizikal dan mental. Mana tidaknya, sepanjang program ini, kami mengalami sedikit kekangan dimana ketiadaan air…OPSS, kata ketua jurulatih “ sape yg ckp xde air adalah org yg x betul, ade k patut xde air sedangkan kite wt program kt pulau(means dikelilingi air tasik)”…**wink2**^_^…he2,..

**PK klas**
~my GROUP~


    Kiteorg dapat sumber air daripada tasik yang dipam @ air tasik yang disedut. So, time kiteorg nak masak, terpaksalah angkut air dari bawah(tempat mandi). Agak jauhla coz kena daki bukit. Agak meletihkan…huk2, =_=’…


    Tapi Alhamdulillah, semua orang memainkan peranan masing-masing…pembahagian tugasan berjalan dengan baik, ade yang kena masak, angkut air, basuh peralatan, dan masak nasi…dari sesi makananpn, xde masalah…semua cukup, melainkan time sayur masak lemak,. ingatkn ramai yang xmkn coz hari sebelumnya sayur goreng x abis. So, ana masak ckit jela…last2 x cukup…kecian kt penghuli kami merangkap my roommate, x sempat nk makan...menitisla air penghuli kami, mana xnya, dahla penat…mkanan lak abis…*kalu kena kt org lainpn, msti nangiskn*huk2, nsib baik ade kk kmi tlg masakkn maggi…hihi



   Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, water confident, kayak, jungle trekking di Pulau Herba, kawad kaki serta persembahan pada malam kebudayaan. Bagi ana, aktiviti yang paling terkesan ialah “water confident”. Aktiviti ini membuka mata ana, betapa pentingnya ilmu yang melibatkan aktiviti air serta bagaimana cara atau tindakan yang sewajarnya diambil oleh seorang guru sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini yang melibatkan aktiviti air. Hal ini kerana, nyawa murid adalah tanggungjawab guru seratus peratus.

    Alhamdulillah, banyak ilmu yang ana perolehi setelah mengikuti program ini. Cadangan ana agar program ini dipanjangkan tempoh masanya. Walaupun ana tidak begitu gemar akan aktiviti2 yang mencabar, namun pengalaman yang bakal diperolehi oleh bakal guru amat berguna satu hari nanti.

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak." (HR Abu Daud dan Ibn Majah)


Walaubagaimanapun, setiap program ade baik & buruknya…rasenya, x perlulah ana senaraikan pe2 yg x elok…segala kelemahan serta perkara yang tidak sedap mata memandang akan diperbaiki untuk masa akan datang. Ana akui, sebagai hambaNya agak malu denganNya coz kdg2 ana xmampu utk m’halang or m’ubah sesuatu perkara yang tidak sedap mata memandang. Ana hanya mampu membenci sesuatu kemungkaran dengan hati walhal ianya adalah selemah-lemah iman.

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان .
Yang bermaksud:
Daripada Abu Said Al-Khudri berkata : Telah bersabda Rasulullah Saw
“ Barangsiapa yang melihat (termasuk juga mengetahui dengan yakin ) kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran tersebut dengan tangannya ( yakni kekuatan menurut kemampuan), jika tidak mampu, maka dengan lidahnya (yakni ucapan juga penulisan), jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hatinya adalah selemah-lemah iman.”

SEDIKIT PERKONGSIAN:
Seseorang yang mencegah kemungkaran dengan membenci di dalam hati, bukannya duduk diam memerhatikan kemungkaran tanpa buat apa-apa.
Ini kefahaman hadith yang salah, kerana kefahaman yang sedemikian akan membuka peluang kepada orang ramai untuk tidak mencegah kemungkaran.
Jadi kesimpulannya, kejujuran seseorang membenci kemungkaran membangkitkan beliau untuk bertindak ataupun menadah tangan dengan berdoa kepada Allah Swt.
Apakah yang didoakan?Apakah permohonannya kepada Allah Swt?Iaitu:
  • Berdoa agar Allah Swt menghapuskan kemungkaran tersebut
  • Berdoa agar Allah Swt memberi kekuatan kepada golongan yang mencegah kemungkaran dengan tangan dan lidah, moga-moga kemungkaran tersebut berjaya dibanteras.
  • Yang paling penting, dia berdoa agar Allah Swt memberinya kekuatan untuk turut sama dengan mereka yang lain untuk mencegah kemungkaran, sama ada dengan lidah, atau pun dengan tangan.Pohonlah kekuatan itu daripadaNYA…


       Alhamdulillah, kedudukan antra peserta2 berjaya diubah pada malam kebudayaan. Pada mulanya, kedudukannya amatlah tidak bersesuaian serta tidak sedap mata memandang. Walaupun mendapat tentangan pada awalnya, Alhamdulillah…syaitan laknatullah tidak berjaya dlm menghasut ank cucu Nabi Adam pada malam tersebut.
Ketahuilah, SYAITAN menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit. 
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

     Syukron jazilan jiddan kpd k.ida khususnya dan kpd semua kerana memberikan kerjasama. Ketahuilah kawan2, carilah keredhaan Allah walau dimana sekalipun kita b’ada. Lakukan sedaya upaya kita, semampu mungkin untuk memastikan syariat Islam terjaga, terutama IKHTILAT(pergaulan) antra lelaki dengan perempuan. Suka ana  mengingatkan semua termasuk juga diri ana yang jahil lagi kerdil ini, bahawa dalam setiap perlakuan kita haruslah ada batasnya kerana jika kita bersikap melampau ia mungkin memakan diri suatu hari nanti. Kebejatan sosial kini cukup parah dan kian menghakis jatidiri kita sebagai seorang muslim.






 Batas-batas pergaulan mestilah dijaga, namun diri ini akui, dlm keadaan spt ini…dri ini teruji…subhanallah…ya Allah, ampuni daku…lemahnya imanku, tatkala dibelenggu dgn keadaan spt ini…

…tegurku kerana sayang…sma2 kite mencari keredhaan Ilahi…

@@mf dipinta sekiranya post ana pada kali ini melukakan hati sebahagian pihak@@


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". 
(H.R. Muslim)

:::terkesan dengan kata2 ini:::


Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada Kemurkaan Allah 'Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuhi.
Berusaha membuat manusia redha adalah suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Tetapi membuat Allah Redha adalah kemuncak diterimanya Amalan...
                                                                                                                wallahualam


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMU…

                                                                                    

Thursday, May 5, 2011

***ITSAR..PUNCAK UKHWAH ISLAMIYAH***

 Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Baginda Rasulullah s.a.w, beliau bersabda: Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)



"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Itsar adalah mementingkan orang lain lebih daripada diri sendiri dalam apa jua keadaan, sama ada dalam kesenangan mahupun kesusahan. 
Dari segi istilah, itsar adalah salah satu manfaat diniyah (manfaat keagamaan) yang terwujud bila terjalin ukhuwah di antara orang-orang yang seagama seaqidah. Ia juga dikatakan wujud maksimal ukhuwah Islamiyah yang dimiliki seseorang. Dalam rangka menggapai mardhatillah(keredhaan Allah) semata-mata, seorang muslim bersedia berkorban mendahulukan kepentingan orang lain daripada dirinya sendiri.




“selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada, setinggi ukhwah ialah ITSAR”






Dewasa ini, sukar untuk kite semua menemui sahabat-sahabat serta rakan taulan yang mana lebih mementingkan saudaranya berbanding diri sendiri melainkan menjaga kepentingan diri mereka sendiri. Kehidupan di dunia yang jauh dari sifat-sifat mulia akan dipenuhi keserakahan dan keegoisan adalah cerminan masyarakat yang tidak menegakkan Ukhuwah Islamiyah. Kebanyakan ukhwah yang terjalin adalah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Kalu kite menyusuri sirah baginda Rasululla s.a.w, begitu hebatnya ukhwah Baginda Rasulullah dengan para sahabat. Rasulullah s.a.w.  mudah berempati pada penderitaan orang lain, senantiasa menginginkan kebaikan bagi orang lain dan santun serta pengasih dan penyayang terhadap sesama mukmin tanpa mengira sesiapapun. Subhanallah, begitu hebat sekali keperibadian Baginda Rasulullah, kekasih Allah…




Itsar generasi Salafus Shalih
Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq manusia.” Baginda hidup sangat sederhana dan tidur di atas tikar jerami sehinggakan Saidina Umar menangis melihatnya dan Fatimah bersyair di tepi kuburan ayahnya, “Ya ayahhandaku punggungnya penuh dengan bilur-bilur tikar”. Tetapi baginda tidak mahu tikarnya itu dilipat terlalu banyak di bahagian atasnya sebagai bantal kerana takut tidurnya terlalu nyenyak bila terlalu empuk, sehingga khuatir tidak terbangun untuk Tahajud.
Bahkan sampai di saat-saat terakhir kehidupannya pun baginda tetap memikirkan umatnya dan bukan dirinya sehinggakan  tidak mewariskan apa-apa bagi keluarganya. Ucapan yang keluar dari mulut baginda di akhir kehidupannya adalah, “Ummati….Ummati…Ummati...” (Umatku…Umatku…Umatku…)
Keteladanan Rasulullah saw. dalam hal tersebut ternyata terbias kepada para sahabat, isteri-isteri baginda seperti Khadijah, Aisyah dan Zainab binti Jahsy serta Saudah binti Zum’ah.
Suatu saat ketika terjadi pengumpulan dana untuk berjihad fisabilillah semua sahabat berlumba-lumba untuk menginfaqkan segala yang dimilikinya. Termasuk sahabat-sahabat yang utama seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Utsman. Kemudian Rasulullah bertanya kepada Umar, “Bagitu banyak yang kau infaqkan Umar, adakah yang tersisa untuk keluargamu?” Umar pun lalu menjawab, “Sebanyak itu pula ya Rasulullah”. Jadi istilahnya fifty-fifty, atau separuh-separuh. Jawapan seperti itu pun meluncur pula dari lidah Utsman ketika ditanya juga oleh Rasulullah dengan pertanyaan yang sama. Namun tatkala pertanyaan tersebut diajukan kepada Abu Bakar As Siddiq ra, jawapannya sungguh mengejutka baginda serta sahabat yang lain.
Jawab Abu Bakar:
“Untuk keluargaku kutinggalkan Allah dan Rasulnya”, keseluruhannya hartanya diinfaknya di jalan Allah, sedangkan urusan keluarganya ia pasrahkan kepada Allah. Sehinggakan Umar berkata, “Sungguh aku tak akan dapat mengalahkan Abu Bakar selama-lamanya”.

Dalam hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah, sepasang suami isteri yang memenuhi perintah Rasulullah untuk memberi makan musafir yang kelaparan itu adalah Abu Thalhah dan Ummu Sulaim/ Rumaisha binti Milhan. Pada malam itu mereka segera menidurkan anak-anak mereka yang kelaparan dan berpura-pura makan agar tetamu mereka makan dengan tenang.
Padahal yang sedang dimakan oleh tetamu mereka itu adalah makanan terakhir yang mereka ada pada ketika itu.
Ketika keesokan hari Rasulullah berjumpa dengan Abu Thalhah, baginda bersabda, “Sungguh Allah sangat gembira (tersenyum) menyaksikan perbuatan kalian berdua”.
Kisah itsar yang sangat hebat terjadi pada saat perang Yarmuk. Ikrimah bin Abu Jahl seorang mujahid bersama dua sahabat yang lain terbaring dengan luka-luka yang sangat parah. Ketika seorang sahabat hendak memberinya minum, ia menolak dan menyuruh air itu diberikan ke teman di sebelahnya. Ketika air itu akan diberikan kesebelahnya, orang tersebut juga menyuruh diberikan lagi ke sebelahnya pula. Ia memilih mengalah pula pada saat-saat yang penting tersebut. Namun orang ketiga yang dimaksud sudah meninggal, ketika kembali lagi si pemberi minum ke sahabat yang tengah, ternyata ia sudah syahid juga.
Dan ketika beranjak ke Ikrimah, ia pun telah syahid. Subhanallah, dalam detik-detik terakhir kehidupan atau di saat-saat nyawa dihujung halkum sekalipun mereka tetap menjaga itsar mereka terhadap sahabat-sahabat. Begitu hebat sekali ukhwah mereka. 



Seorang mukmin terhadap mukmin yang lainnya bagaikan bangunan yang saling mengikat dan menguatkan serta bagaikan jalinan antara jari-jemari. (HR.Muttafaq’alaih dari Abu Musa r.a.)



hambaMu yang kerdil mencari keredhaanMu...