BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 29, 2011

IKHTILAT ADAM DAN HAWA

      


      Pergaulan antara lelaki dan wanita "ikhtilat": Apa sempadannya?Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat "pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi" tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.

                          Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud; 


                               Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.

Apakah ikhtilat itu haram?Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: "ikhtilat".

Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat :
Dari segi bahasa, : meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.
Istilah Syariat : Percarnpuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.

Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram,
bukan harus.Percampuran yang diharamkan





Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah' ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:


Pertama: Harus kerana terpaksa (darurat)
Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: 
Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan darurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh
darurat yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua:Harus kerana keperluan(hajat)
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki
yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar ma'ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman
untuk baginda (SAW)

.6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki
ajnabi, dia mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat¬kan bahawa Rasulullah (s.a.w.)keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalarn suasana yang teiah
menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanitaWalaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalarn pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalarn pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu rnengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika rnembeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam.



Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

1. Adab yang perlu dijaga oleh telaki dan perempuan:

*Ucapan yang makruf dan sopan.Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

* Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.


*Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan
daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Ibnu Syiahab az-Zuhri.• Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

*Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu.... (Riwayat Bukhari)2. Adab khas untuk wanitaâ

* Iltizam dengan pakaian Islam,Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj(bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.

*Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan
(melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

*Menjaga pergerakan.Tidak harus mereka rnemperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.Wanita di atas pentas.Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa menjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh ulama lslam. 


Wallahua'lam.







FiQH SEMASA
Oleh: Abdullah Zaik Abd Rahman
Pengarah Pusat Penyelidikan llmu-Ilmu Islam



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Sunday, June 26, 2011

::KEMASTIAN ITU PASTI::





كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أَجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زَحْزَحَ عَنِ النَّارِ وَأَُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ. 
ال عمران: 185
Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran: 185)

Alhamdulillah, masih diberikan nikmat yang tidak terhingga olehNya, iaitu nikmat Iman dan Islam. Masih diberikan ruang dan peluang olehNya untuk menjenguk blog yang mungkin sudah penuh dengan sesawang. Dek kerana kesibukan sebagai hambaNya, terpaksa membiarkan blog ini tanpa post terbaru. Walaupun penulisan serta perkongsian blog ana tidaklah seberapa namun sudah cukup sekiranya mampu menjentik serta menyentuh hati2 kecil yang membacanya. 

Hari ini genap 22 hari pemergian insan yang amat kusayangi...dialah ustazah, dialah motivator, dialah guru mengaji, dialah kaunselor, dialah pembakar semangatku, dialah pendengar setiaku...dia yang ana maksudkan ialah nenekku(kami, cucu2nya memanggilnya "tok") yang telah kembali kerahmatullah pada tanggal 5/6/2011.
Pemergiannya tanpa disangka2 oleh kami semua, selepas mengambil wudhuk untuk solat maghrib tok meninggalkan kami semua kerana disyaki serangan jantung.

Semoga tok ditempatkan dikalangan orang2 beriman...amiin2
Tok insan yang amat kami sayangi dan kagumi :

Walaupun tok selalu sakit, sepanjang bersama2nya sewaktu hayatnya...tidak pernah sekalipun melihat dirinya meninggalkan solat sunat dhuha, tahajjud, al - mathurat, solat sunat qobla wa ba'da solah sekiranya dirinya terdaya untuk melaksanakannya walhal dalam keadaan duduk. Solatnya diawal waktu, dengar sahaja azan terus solat...sekiranya berkelapangan, naskah al - quran dibaca sebelum menuggu masuknya waktu. Selalu memberikan peringatan kepada anak cucunya, ana selalu meminta pandangan dan pendapat dalam setiap tindakan yang diambil

~tok disamping mak dan ayah~


annisa78Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, … [an-Nisa' (4) : 78]



en3 sepupu ana:

Genap seminggu aku kehilangan seorang lagi insan cemerlang yang banyak berjasa dalam hidupku.  Dialah motivator, dialah pengasuh, pendidik, ibu sementara, pernah jadi tukang jahit baju(masih tak lupa dress yg dia jahitkan sbg hadiah aku dapat nombor satu dalam kelas) dialah tukang masak terhebat, dan dialah segala-galanya bagi kami cucu-cucunya.  Katilnya yang sangat comfort, kupanggil 'sarang', kerana aku sangat senang bermalas-malasan di peraduannya menikmati empuk bantal kekabu dan harum bau dirinya yang selalu kurindu.  
Pemergiannya sangat drastik.  Tengahari itu dia, aku dan Aliaa adikku sempat bergurau senda bergelak ketawa sambil menikmati kuih muih.  Malah, 10 minit sebelum pemergiannya, mama sempat berborak sapa basa-basi dengannya.  langsung tiada tanda dia bakal dijemput malaikat maut.  Kemudian, kami telah dikejutkan dengan ketiadaannya.  Terlalu cepat!  Malah, ketika aku dan Najihah berpandangan ketika tangannya dalam genggaman kami, masih sempat aku menafikan kenyataan yang kami berdua harus sedia maklum.  Ketika itu, keningnya telah jatuh, hidungnya sekali.  Tangannya sejuk beku, malah tiada denyut nadi dapat dikesan.  Tidak juga denyut jantung!  nah, auta apa lagi yang boleh aku hadapkan untuk membuktikan yang dia masih hidup?  Dia sudah tiada!  Walau ketika itu golongan mereka cuba sedaya upaya mengatakan nadi masih berdenyut, dia masih menelan, tapi aku dan Najihah tersedu dalam sayu.  Kesayuan itu pecah berderai apabila individu yang lebih maklum mengesahkan pemergiannya...
Biarlah.  Biarlah dia pergi dengan aman.  Bukan tidak suka dia berada di muka bumi ini masih menghirup udara llahi, namun seandainya rezeki di alam sana lebihh terang untuknya, biarlah dia pergi..
Kisah hidupnya bagai relung-relung kisah yang penuh carik lompang di sana-sini.  Drama yang menghias malamnya sentiasa ada episod duka.  Dia bekerja keras menyara anak-anak, kudrat yang dikerah, bak kudrat lelaki.  Masakan tidak ketika usia semakin renta, dia dipagut pelbagai sakit tanpa belas ihsan.  Cuma di akhir-akhir hayatnya, dia sudah gagah untuk tersenyum, apatah ketika meladeni keletah cicit nan seorang.  Cicit itulah ditatang dicium, tanpa mulutnya tidak henti-henti mengucap syukur kerana diberi peluang menimang cicit!
Di sini, bukan pemergiannya yang tiba-tiba itu akan aku tangis rayukan, tetapi pengajaran di sebalik kematiannya.  
Pengajaran pertama:-
Dia seorang yang selalu sakit, tetapi tidak sekali aku lihat dia melengahkan solat lima waktu, dengar azan sahaja terus bergegas mengambil wuduk.   Mungkin itu sebabnya Allah mahu segera bertemu dengannya di alam sana.  Mudah sahaja dia dalam sakaratulmautnya.  

              Pengajaran Kedua:-
Persiapan yang dilakukannya menghadapi kematian.  Memang di hari-hari akhirnya, dia banyak berpesan amanat itu dan ini.  Tapi kami semua langsung tidak menyangka kali ini amanatnya itua dalah yang terakhir, kerana dia memang suka berpesan-pesan begitu.  Katanya, mengingati mati itu ibadah, kerana mati itu pasti.  Setiap kita punya giliran.  Menguruskan jenazahnya, langsung tiada payah, kerana segala apa yang diperlukan telah diletakkan setempat, mudah bagi kami mencari!  contohnya kain batik lepas, telekung untuk dipakaikan kepada jenazah dan sebagainya.  Malah siap ditulis itu dan ini.  Aku sangat kagum!  Subhanallah, dia ini memang bersedia untuk mati..Itu secara fizikalnya.  Dari segi kerohanian, usah dicakap.  Walau dalam keadaan lelah, pernah aku lihat dia bertahajud lewat malam, walau batuknya melengking tinggi.  
  bercakap mengenai mati, berapa ramai antara kita yang sudah menyediakan sesuatu untuk kematian? Aku?  Pun tidak...Pernah dia menegur, rumahku tiada kain batik lepas.  Kalau ada kematian, susah katanya.  Masa itu aku hanya tergelak.  Tapi hari ini, hijab telah terbuka.  Aku nampak apa yang dimaksudkannya..  
Berapa ramai yang menetapkan sekian-sekian amalan sunat supaya dapat memberatkan neraca timbangan nanti?  Setakat solat lima waktu yang kadang-kadang zuhur dan Asar ditunaikan hanya berselang beberapa minit tu, tak payah cakaplah...Solat sunat Hari Raya setahun sekali?  Itupun kalau tak uzur...kalau uzur, dua tahun sekali solat sunat raya pun belum tentu.  Berapa ramai di sini yang telah sempurna menutup aurat?  bertudung yang menutup bentuk dada, berbaju yang menutup lekuk punggung, longgar tanpa membayangi apa-apa bentuk?  Berapa ramai yang telah sanggup bersedekah walau dirinya makan ala kadarnya sahaja?


Pengajaran Ketiga
"Maka bila Aku berkata jadi, maka jadilah ia.."
Janji Allah itu pasti.  Ajal kita pasti.  Tidak akan terlewat seminit dua, atau sesaat dua pun ia.  Ajal datang tanpa pesan, tanpa salam pembuka kata, tanpa mukadimmah.  Maka rugilah bagi mereka yang tidak bersedia.  Bekalan perjalanan yang panjang itu perlu dikumpul berdikit-dikit, dan tidak boleh dilengahkan lagi.  Kerana kematian kita pun tidak akan dilengahkan.

So?  This is my call...when's yours?

Tok, terima kasih kerana tetap meninggalkan pengajaran walau dalam bentuk sebuah kematian..

Sama2la kite menpersiapkn diri kite untuk menghadap  Allah s.w.t...kemastian itu pasti tanpa mengenal usia,..bertaubatla kite semua sebelum nyawa dihalkum, sebelum pintu taubat ditutup...kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya...
hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Sunday, June 5, 2011


AKHWAT BUKAN MALAIKAT

Dia bertudung labuh. Dia menjaga mutabaahnya. Dia mempunyai binaan dan ada halaqah. Dia bersama-sama kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Hampir setiap minggu kita pasti akan bertemu dia. di setiap program. Dia adalah akhwat kita. Ya, kadang-kadang kita akan merasa senang dengan teman yang sebegitu. Siapa tidak suka jika akhwat menjadi orang yang paling kita rapat. menjadi sahabat kita. Semua orang suka. Namun, kadang-kadang tidak semua yang kita hendak kita akan dapat. Tidak semua orang sempurna. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

akhwat juga berbuat silap

pernah tak kita merasa kita tidak boleh terima kesilapan yang akhwat buat pada kita? kita rasa tidak patut dia berbuat begitu pada kita. Dia ditarbiyah dan mentarbiyah. masakan dia mempunyai perlakuan yang tidak elok?

setiap orang ada proses berubah. berubah itu bukan memerlukan jangka masa yang sekejap. bahkan proses berubah itu berlansung sepanjang hayat hidup kita. kita lah yang mengambil peranan menasihati akhwat kita. bukan membiarkannya dan mendiamkan sahaja kesilapan itu. Mungkin akan diulang dan diulang lagi kesilapan itu sehingga kita merasa menyampah dan sakit hati.

itu bukan sikap kita ukhti. sayangi akhwat kita sebagaimana kita menyanyangi diri kita. kesilapan itu satu titik mula perbaikan. maka, setiap orang bukan sempurna seperti apa yang kita sangka meskipun dia adalah akhwat dan dia ditarbiyah!

kesilapan umum akhwat kita

kesilapan akhwat bukanlah bercouple, tidak jaga solat, tak menutup aurat atau maksiat lain, tapi kesilapan yang remeh dan akhirnya di anggap besar dan menimbulkan konflik.

1) meminjam barang

bila ada yang mahu meminjam, kita memang suka untuk memberi pinjam. tak kisah barang apa pun. baju, buku, kereta, motor atau apa sahaja. sebab apa yang akhwat pinjam, mungkin ada kaitannya dengan dakwah. cuma, bagaimana sikap kita sebagai peminjam?

bila nak follow up mad'u atau mutorobbi di luar kawasan atau jaraknya yang jauh, kereta dan motor memang sangat diperlukan. satu bonus pahala buat para akhwat kita yang mempunyai kereta dan motor. sangat saya galakkan untuk anda semua ada kenderaan sendiri. kenderaan dakwah. namun, masalah akan berlaku jika orang yang meminjam tidak menjaganya sebaik mungkin. amat menyakitkan hati juga bila barang yang kita bagi pinjam, dipulangkan dalam keadaan tidak seperti mana yang kita harapkan. kotor, minyak tiada, bersepah, calar, remuk dan sebagainya.






sama juga kesnya dalam meminjam buku. memang akhwat banyak koleksi buku especially buku dari Fajar Ilmu Baru. harganya bukanlah murah. kadang-kadang si peminjam menghilangkan , membasahkan, mengotorkan atau , mengoyakkan. meskipun itu satu yang tak disengajakan, salahkah untuk kita meminta maaf dan membayar ganti rugi? mengapa kita buat seakan-akan tidak tahu? ada yang lebih teruk, sudah meminjam buku sehingga tidak dipulangkannya dan sampai satu masa buku itu menjadi hak milik peribadinya. itu salah ukhti! usahlah dibuat kesilapan ini. ia menggambarkan sikap kita. meskipun akhwat yang memberi pinjam itu baik sangat-sangat, usahlah mengambil kesempatan.

2) berhutang

saya tahu. akhwat kebanyakan bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. menanggung perbelanjaan pun dengan wang simpanan sendiri, PTPN dan duit ibu bapa. ada juga akhwat yang terpaksa berlapar nasi kerana tiada duit. atau terpaksa meminjam akhwat lain untuk menampung kehidupannya seharian sehingga menunggu duit masuk ke poket. untuk ke program juga rasa agak berat kerana ketiadaan duit untuk menampung tambang dan yuran program. bukan saya marah untuk akhwat meminjam duit. malah amat digalakkan kerana kita benar-benar tengah kesempitan pada masa itu. siapa lagi yang akan membantu melainkan akhwat kita. saya juga sangat galakkan akhwat kita untuk memberi pinjam duit pada akhwat yang tengah kesempitan.

kita juga tidak kisah berapa nilai wang itu, beratus, beribu atau berpuluh ribu kerana kita yakin akhwat kita pasti akan bayar. satu lagi budaya yang kurang sihat adalah sukarnya membayar hutang. atau lebih dahsyat lagi, tidak mahu membayar hutang atau pura-pura tidak ingat hutang yang tertunggak. ukhti, kita ini ditarbiyah. akhwat yang memberi pinjam juga memerlukan duit. janganlah berperangai sebegini sehingga ada akhwat jenuh sudah untuk memberi pinjam duit kepada akhwat lain. meskipun kita tiada duit untuk membayar hutang yang banyak itu, bayarlah separuh, sedikit demi sedikit. at least, kita cuba untuk membayar. bukan menganggap " oh, takpelah, halal je. dia kan akhwat. takkan tak boleh mengalah".


akhwat bukanlah "along" untuk menggertak kita supaya bayar hutang atau mengenakan faedah bagi duit yang kita pinjam. bahkan, sangat malu untuk meminta sendiri hutang itu kepada si peminjam. jadi, si peminjam lah yang perlu bertanya dan memberitahu tentang hutang itu sendiri.

saat ini jika anda ada berhutang pada akhwat lain, cepatlah langsaikannya. jangan berpura-pura lupa ! kesianlah pada akhwat kita yang memberi pinjam duit kepada beberapa orang akhwat sehingga nilainya beribu-ribu, namun tidak seorang pun akhwat yang melangsaikannya lagi. hati mana yang tidak remuk dan bengang? bagaimana kalau hutang anda masih lagi di tuntut akhwat itu tanpa mengahalalkannya? takut nanti kematian kita dalam keadaan sengsara meskipun kononya kita ini berdakwah, tidak tinggal solat atau jaga mutabaah.



3) cemburu yang melampau

Kita sedia tahu, ukhwah kita sangat rapat. kita berukhwah bukan hanya dengan seorang akhwat, tapi dengan semua dari medan yang berbeza. satu lagi penyakit yang menimpa para akhwat kita, cemburu yang melampau. sangat cemburu bila seorang akhwat rapat dengan akhwat lain sehingga cemburu itu menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan. ukhwah menjadi porak peranda hanya kerana cemburu. tidak boleh berkongsi akhwat. sehingga ada yang jatuh sakit, menangis air mata darah, stress yang teramat dan lebih buruk "murtad" dari jalan dakwah dan tarbiyah ini @ mufaraqah.

apakah ini yang diajarkan kita dalam jalan tarbiyah ini? cubalah untuk menerima hakikat bahawa akhwat kita adalah untuk dikongsi bukan untuk dimiliki. ayuh, berlapang dada.





berubahlah duhai akhwat

saya tidak kata semua akhwat begini. setiap medan punyai masalah akhwat yang berbeza. ayuh kita sama-sama berubah. usahlah buat kesilapan itu lagi.

kita ditarbiyah. usah jadi fitnah. usah memburukkan jemaah hanya dengan sikap kita yang kita pandang remeh. dan pada orang lain ia anggap isu yang besar. bermuhasabahlah ukhti.

memang akhwat bukan malaikat. tak terlepas dari kesilapan dan dosa. namun, itu bukan bermakna kita bebas untuk lakukan kesilapan itu pada akhwat lain. cepat perbaiki diri.

p/s: kita nampak akhwat macam tak kisah. tapi sebenarnya mereka kisah.




hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...