BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 23, 2011

**malulah wahai Dai'e**




Bismillah...dengan nama Allah yang paling Agung,


Memegang 'title' ikhwah/akhawat/ahli usrah/orang-orang ditarbiyyah/dai'e , bukan lesen untuk kita berasa diri ini lebih dari orang lain.Tidak,bahkan tanggungjawab kita lebih berat daripada mereka yang masih belum faham di luar sana.Sedarkah kita, dalam kita mengikrar janji setia untuk mendokong dakwah ini, masih lagi hati kita mahu mencari keseronokan dunia? Bukan semua, tapi pasti ada.

Memang, akhawat ikhwah juga manusia.Bukan malaikat, tidak sempurna.Tetapi lingkaran tarbiyyah ini juga bukan untuk menjadikan kita hamba yang suci dari dosa.Sesekali tidak, bahkan jika kita tidak melakukan dosa sekelumit pun, Allah akan menggantikan kita dengan hamba yang lain.Hamba yang PASTI berbuat dosa, tetapi akhirnya bersujud menengadah tangan memohon keampunan-Nya.Hamba yang datang membawa segunung dosa, tetapi dengan kerendahan diri mahu bertaubat bersujud di bawah rahmat-Nya.


"Sebahagian manusia, apabila dia mendapati pada dirinya hidayah, ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai, seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah. Beringat, berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"

Ikhwah akhawat, yang terpilih untuk duduk dalam lingkungan biah soleh ini, semuanya kerana rahmat Allah yang tidak pernah habis. Janganlah kamu sombong dan memalingkan mukamu dari mereka yang masih cuba mencari kebenaran.

Sedikit refleksi diri bagi para du'at yang mungkin terlupa terleka, sebagai sahabat dan saudara mukmin, kewajipan kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain,moga-moga dakwah ini tidak akan terhalang daripada terus sampai ke puncaknya.-Ustaziyatul Alam.
(syukran SabahanMuslim)


Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?" 
[QS al-Baqarah, 44]

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61:2-3]


wahai akhwat yang ku syg, memang dalam tarbiyyah ,kita terpaksa meninggalkan sesuatu yang kita cintai selama ini, tapi kerana tuntutan dakwah dan mahu kembali mencari CintaNya, engkau sanggup meninggalkan segala 'pakaian jahiliyyah' selama ini.Sakit, perit hanya engkau dan Tuhan saja tahu. Mereka di luar cuma akan terus menghukummu jika engkau masih dengan jahiliyyah dahulu. Sabarlah ukhti, segala sakit perit itu, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik di sisiNya. Tidak kah syurgaNya begitu menggiurkan untukmu?
Setiap kehilangan itu Allah akan ganti dengan cintaNya.
Yakinlah, engkau akan bahagia


-peringatan utk diri ini terutamanya serta sahabat2 shabiah, perkongsian drpd http://syafiqahrahmat.blogspot.com-
-SEMOGA BERMANFAAT UTK KITA SEMUA DALAM MENGEJAR KEREDHAAN ILAHI-


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...