BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 28, 2012

kasih sayang dariNya...


ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ


✿ Alangkah INDAHNYA kalau dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah swt kepada kita.. tidak pernah sekalipun ujianNnya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada TUANNYA, bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT pada Maha Pencipta..✿

> MENDEKATI Allah jauh lebih MUDAH dari pada mendekati MANUSIA , keranaAllah Maha Dekat dan sangat CINTA kepada HAMBA yang mendekat kepadaNya.<



Allah SWT mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hambaNya dan ia adalah sunnatullah. Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan dugaan daripada Allah. Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannya. Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan. Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka perlulah dinilai ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman, tentulah Allah SWT akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadapNya.

Dalam hal ini, Allah telah berfirman:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata : "Kami telah beriman...







Alhamdulillah, sakit kepala yg dialami mkin beransur pulih...kate doktor,"awak mgkin migrain"...namun ape yang m'bimbangkan, ubat yg diberikan tidak m'bawa sebarang kesan untuk ana..mgkin kesembuhan adalah disebabkan perhatian dan sokongan daripada sahabat shabiah..walaupun tidak pulih sepenuhnya,namun ana bersyukur,sedikit kesembuhan yang diberikan olehNya membolehkan diri ana untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik berbanding sebelum ini...jika sebelum ini,hnya mampu melelapkan mata untuk menghilangkan kesakitan...byk kerja yg t'tangguh + tidak hadir ke kuliah + membantut gerak kerja dakwah...
tidak dapat menghadirkan diri ke program2 yang dianjurkan oleh persatuan
smoga Allah m'beri kesembuhan seperti sediakala...amiin

‎"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7]

~klasmate yg sngat memahami~


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...