BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 2, 2012

~betapa beruntungnya KAMI~



Assalamualaikum....alhamdulillh, masih diberikan ruang n masa untuk menjenguk cik blog yg sudah dan dipenuhi sesawang...alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi krn masih mengurniakan nikmat IMAN n ISLAM kpd hamba2Nya...beruntungnya kita semua...beruntung juga kite dgn kurniaan seorang Nabi, qudwah hasanah kite, Baginda Rasulullah s.a.w...selawat dan salam buat Rasul junjungan...post kali ni, ANA nk kongsikan qasidah yg sngat famous n terkesan dihati..tatkala mendengar alunan qasidah, hati terasa begitu sayu sekali,..betapa indahnya bait2 yg diucapkan...subhanallah



Betapa beruntungnya kita kerana dikurniakan seorang Nabi yang mencahayai hidup kita! Apalah salahnya untuk kita mengucapkan kalimah Ya Hanana yang bermaksud 'beruntungnya kami'!

Allah SWT berfirman dalam
 Al Quran yang bermaksud : 

'Katakanlah (wahai Muhammad), ' Sekiranya kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, dan kalian akan dicintai oleh Allah dan Allah akan mengampunkan untuk kalian dosa kalian, dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Ali-Imran:31)

Ayuh berselawat kepada Nabi s.a.w......


Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...
Wa'ala 'alihi wa'ashabihi 'ajmain...


Mudah-mudahan selawat kita itu menjadi salah satu penyebab turunnya rahmat Allah kepada makhluk ciptaan Allah, pemilik sekalian alam.

Ayuh kita hayati sebuah qasidah yang indah, yang isinya penuh dengan kalimah-kalimah kecintaan kepada Nabi kita; Nabi Muhammad s.a.w. junjungan kita semua...


--------------------------

Qasidah Yahanana.


YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam



Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana
==============================

” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.



--------------------------

Habib Syech Assegaf


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...



Wednesday, August 1, 2012

`sanah helwah my hero~


alhamdulillah, tanggal 1 Ogos 2012, genaplah 53 tahun usia ayahnda tercinta...

sAnah heLwah aYaH
sMogA pNjAng uMur + dmUrahkn rEzKI
smOgA snTiasa bErADa dLm RaHmat dan kAsIh sYgNya
tErImA kAsih utk sEMuAnYA

Seorang lelaki yang cukup tabah,
Membela nasib keluarga,mencari rezeki,
Agar anaknya dapat menikmati kenikmatan kurniaan Allah,
Agar anaknya tidak merasakan kepayahan yang pernah dialaminya selama ini.

Cukup besar pengorbanan mu,
Cukup sukar halangan mu,
Walau dihimpit duka,
Anakmu yang utama,
Walau sekeras mana pun lidah mu untuk mengucapkan sayang pada anak mu,
Tapi jauh disudut hati mu,
Anak-anak adalah segalanya.

Moga Allah membalas segala kebaikan mu di akhirat kelak,
Moga syurga untukmu,
Moga syafaat NAbi dikurniakan kepadamu,
Moga Rahmat Allah mengiringi mu untuk ke syurga,

Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Al amin.




~pak usop, kwn rapat ayah yg b'kongsi tarikh lahir yg sama~



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Thursday, July 19, 2012

**RamAdhAN KAREEM**


Bismillah...Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang ke 1433 H. beberapa hari lagi menjelang Ramadhan 2012 semuga ALLAH SWT pilih kita melalui bulan dengan seribu kerahmatan, keampuanan dan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya. Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...
kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan, sahabat shabiah, follower..
dan seangkatan dgnnya...Meriahkan Ramadhan ini dgn untaian tasbih
pada YANG MAHA ESA...ucapkan syukur kerna masih diberi kesempatan
menikmati Bulan Ramadhan yang penuh Berkat Ini...

Sama-samalah kita berdoa:



Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa adik beradik kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.


~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK~
hambaMu yang kerdil,mencari keredhaanMu...

Wednesday, July 4, 2012

Kesukaran Pihak Pengawal Menjaga Dr.Mursi


BAYANGAN 'UMAR BIN ABDUL AZIZ?

Sumber "Masr Al-Youm" melaporkan dua 'cabaran utama' pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir, Dr.Muhammad Mursi:

1) Suka menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid

2) Enggan menutup lalulintas jika kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan rakyat

Menurut pihak keselamatan, mereka tidak terbayang Presiden akan meminta untuk menunaikan solat di masjid, bukan di rumah yang memaksa mereka untuk menjaga keselamatan Presiden yang menjadi tanggungjawab utama mereka.

Menurut sumber, Presiden juga telah mengimami solat kakitangan istana yang berada bersama-sama beliau semalam dan hari sebelumnya.

Selain itu, Presiden juga tidak suka pegawai keselamatan berdiri di panas terik bagi mengawalnya. Beliau bertanya kepada pengawal, "Mereka berdiri sudah berapa lama?" Jawab pengawal, "Sudah lebih dua jam". Presiden kemudian memarahi dan menyuruh mereka beredar.

Anda tahu jam berapa waktu solat Subuh di Mesir musim panas sekarang? Pukul 3.05 pagi



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Tuesday, July 3, 2012

KEMENANGAN DR.MURSI...ALLAHUAKBAR





Dr Morsi, calon Presiden Mesir dari Parti Kebebasan dan Keadilan yang dikelolakan oleh Ikhwaanul Muslimin, telah secara rasminya diumumkan menjadi Presiden Mesir pertama pasca Revolusi Mesir 25 Januari 2011. Seluruh dunia yang bersama dengan perjuangan menuntut keadilan dan menumbangkan kezaliman, bergempita dengan rasa syukur atas kemenangan ini. Rata-rata manusia yang jiwanya masih lurus dan akalnya masih berada pada tempatnya, merasa lapang dan senang dengan kemenangan ini. 
Grafik: HalaqahMaya.Com

Kita tidak mahu ketinggalan merakamkan ucapan tahniah. Kepada Ikhwaanul Muslimin, kepada Dr Morsi dan semestinya, kepada yang memainkan peranan paling besar sekali atas kemenangan hari ini – Rakyat Mesir. Tanpa kami tinggalkan syukur dan rasa rendah diri kami kepada Allah SWT yang menggerakkan semua ini.

Namun apa yang lebih besar daripada kemenangan Dr Morsi hakikatnya adalah kesedaran kita.

Sesungguhnya bagi kami di LangitIlahi, kemenangan Dr Morsi adalah merupakan bunyi gendang perjuangan.

Bukanlah deringan loceng rehat.

Kita Teruskan Usaha-Usaha Kita. Dan Dr Morsi Meneruskan Usaha-usahanya.

Kita hidup dalam dunia global yang luas. Kemenangan di satu tempat, belum lagi bererti kemenangan di merata-rata tempat. Bahkan, pada realiti hari ini, kemenangan di sesebuah tempat itu sendiri belum bererti kemenangan penuh. Contohnya di Mesir, selepas ini Dr Morsi akan berhadapan dengan saki baki regim Mubarak pula di dalam pemerintahannya. Di Turki dahulu, Erdogan berhadapan dengan tentera Turki sendiri.

Bahkan, jika kemenangan di satu-satu tempat tersebut adalah kemenangan solid, ia tetap akan mendapat ancaman daripada Barat contohnya. Mereka tidak akan berdiam diri. Justeru, kita tidak patut berdiam diri juga. Tidak patut untuk kita berehat. Bahkan, apabila ada sesebuah kumpulan Islam menang di satu-satu kawasan, kita perlu memberikan sokongan kepadanya.

Bagaimana memberikan sokongan kepadanya? Dengan kita berusaha mengislah diri, serta mengislah keluarga dan masyarakat di tempat kita. Kemenangan Islam di sesebuah kawasan, perlu dibantu dengan kemenangan Islam di sesebuah kawasan yang lain. Barulah kemenangan itu mampu mencetus kekuatan yang sebenarnya.

Namun jika Dr Morsi dan partinya berusaha mengislah Mesir, dan kita di Malaysia berdiam diri membatu, sekadar bergembira dengan kemenangan Dr Morsi, dan tidak berbuat apa-apa, maka di manakah keuntungannya kemenangan Dr Morsi itu?

Di sini kita perlu perhatikan dengan teliti. Agar kita tidak tertipu dengan kemenangan ini.

Usaha mesti diteruskan, dan digencarkan lagi!

Ini Adalah Peperangan Nafas Panjang.

Hakikatnya, perjuangan antara hak dan batil adalah perjuangan nafas panjang. Semenjak Nabi Adam dan ibu kita Hawwa, diturunkan ke bumi angkara Iblis durjana, hinggalah ke hari kiamat nanti, peperangan antara hak dan batil ini akan berterusan.

Maka kita sepatutnya maklum akan hal ini, dan mempersiapkan bukan sahaja diri, bahkan menghasilkan pula pewaris-pewaris untuk meneruskan perjuangan kita nanti. Kita patut sibukkan diri kita dengan pelbagai projek kebaikan, menyusun pelbagai strategi, berfikir dengan kreatif dan kritis untuk meningkatkan kualiti perjuangan Islam.

Jangan fikir bahawa apabila kita mencapai sebuah kemenangan, maka kemenangan itu akan bertahan selama-lamanya. Ianya perlu dipertahankan. Ianya perlu diperkuatkan lagi. Diperkukuhkan.

Bukannya bersambil lewa, dan lemas dalam kemenangan.

Musuh-musuh Islam tidak akan duduk diam. Mereka mempunyai agenda. Mereka akan menyusuh perancangan. Maka apakah pantas bagi kita, orang-orang Islam, bergoyang kaki dan sekadar bergembira dengan kemenangan, lantas menanti untuk dikalahkan sekali lagi?

Penutup: Maka Marilah Jadikan Kemenangan Dr Morsi Ini Sebagai Pemacu Semangat Kita!

Bangunlah. Jangan fikir ini masa rehat kita.

Kami mengajak agar kita bersama-sama menggunakan momentum ini, menggencarkan lagi segala usaha, dan memperhebatkan lagi segala urusan perjuangan kita. Mungkin kita tidak berjuang dengan senjata seperti raifal dan kereta kebal, tetapi kita tetap berjuang dengan senjata minda dan pergerakan.

Kita perhebatkan lagi usaha penyebaran Islam dalam bentuk akhlak, bentuk pemikiran yang kreatif, dalam bentuk yang harmoni, menghidupkan jiwa-jiwa agar menjadi subur kembali dengan kefahaman terhadap deen Allah SWT.

Ini bukan masanya lagi untuk kita berehat.

Rehat kita hanya di syurga nanti!

Ayuh!

Bangun, dan bergeraklah!

Mari Menjadi Hamba Ilahi!!!

disunting dari: langitilahi.com


Pendukung Dr. Muhammad Mursi melakukan sujud syukur atas kemenangan Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir...

                                                                  TAKBIR!!!




hambaMu yang kerdil. mencari keredhaanMu...

Thursday, June 28, 2012

kasih sayang dariNya...


ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ


✿ Alangkah INDAHNYA kalau dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah swt kepada kita.. tidak pernah sekalipun ujianNnya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada TUANNYA, bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT pada Maha Pencipta..✿

> MENDEKATI Allah jauh lebih MUDAH dari pada mendekati MANUSIA , keranaAllah Maha Dekat dan sangat CINTA kepada HAMBA yang mendekat kepadaNya.<



Allah SWT mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hambaNya dan ia adalah sunnatullah. Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan dugaan daripada Allah. Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannya. Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan. Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka perlulah dinilai ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman, tentulah Allah SWT akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadapNya.

Dalam hal ini, Allah telah berfirman:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata : "Kami telah beriman...







Alhamdulillah, sakit kepala yg dialami mkin beransur pulih...kate doktor,"awak mgkin migrain"...namun ape yang m'bimbangkan, ubat yg diberikan tidak m'bawa sebarang kesan untuk ana..mgkin kesembuhan adalah disebabkan perhatian dan sokongan daripada sahabat shabiah..walaupun tidak pulih sepenuhnya,namun ana bersyukur,sedikit kesembuhan yang diberikan olehNya membolehkan diri ana untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik berbanding sebelum ini...jika sebelum ini,hnya mampu melelapkan mata untuk menghilangkan kesakitan...byk kerja yg t'tangguh + tidak hadir ke kuliah + membantut gerak kerja dakwah...
tidak dapat menghadirkan diri ke program2 yang dianjurkan oleh persatuan
smoga Allah m'beri kesembuhan seperti sediakala...amiin

‎"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras” [Ibrahim 14: 7]

~klasmate yg sngat memahami~


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Monday, March 26, 2012

~S.B.E at sek.keb. L.K.T.P BELARA~

Alhamdulillah...berpeluang menjalankan s.b.e  at s.k l.k.t.p belara
5 hari berlalu begitu pantas sekali
kenangan sewaktu disekolah rendah menggamit memori
sekolah yang banyak meninggalkan kenangan dan nostalgia bersama rakan-rakan 
setelah 9 tahun meninggalkan skolah, banyak perubahan yang berlaku
alhmadulillah wa syukurillah

sekalung tahniah kepada GB, Cikgu Aznordin, guru penolong kanan, guru2 serta semua warga sk l.k.t.p belara atas kerjasama yang diberikan
tidak lupa kepada ust ahmad mahyuddin selaku guru pembimbing yg byk membantu bg menyiapkn tugasan...syukran jazillan kathira ust
warga sekolah yang peramah, biah solehah yang sngat menenangkan
persekitaran sekolah yang bersih, damai, harmoni

corat-coret, seminggu bersama warga s.k l.k.t.p. belara....

~perhimpunan pagi dgn bacaan juzu ama, sifir, sdikit pesanan dan nasihat, diakhiri dgn bacaan doa(masa ana, dlu, just beratur ditepi kelas)~
~tasmid selepas waktu persekolahan(masa ana dulu, xdepon..urm)~
~latihan olahraga, yg b'baju putih ialah angah, ana jga msa angah kecik2 dlu..wt main ptg2..msa tu, angah kecik lagi(^_^), skraag dh besar dh..smoga m'jdi ank soleh utk ibu dn ayah ye..amiin~
~murid tahun 2, byk m'bantu utk siapkn asmen ana...time ksih atas kerjasama~
~b'sama2 murid thn 1...smoga m'jdi ank yg solehah ye dik...semua byk celoteh, kalah cg..hehe~
~calon UPSR 2012, good luck ye~
~si montelest arif yg hndsome + cute dgn angkatannye..^_^, geram nk cbit je pipi tu~

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Thursday, March 15, 2012

~sanah helwah bonda tercinta~


Sanah helwah bonda tercinta!!!
entry kali ini khas untuk bonda tersayang

SELAMAT ULANG TAHUN yg ke- 46

semoga Allah merahmati Ibu dan keluarga kami...
semoga Allah memperpanjangkan usia, memurahkan rezeki dan meningkatkan serta menetapkan keimanan dalam ketaatan kepadaNya...
semoga Allah mengurniakan Ibu dengan anak-anak yang soleh dan solehah...
semoga Allah mengurniakan sakinah dalam keluarga kami...
semoga Allah mengurniakan Ibu dengan segala apa yang dihajati...
semoga Ibu dibawah lindungan dan naungan Allah sentiasa...
amiin ya rabb

“hanyalah dirimu permata hatiku,
setinggi langit seluas bumi pengorbananmu
bagaikan lilin membakar diri
kau menyinarkan cahaya bakti
budimu suci bak embun pagi
dikaulah ibu yang ku sanjungi”


ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku
engkau ibu kepadaku...
engkau ustazahku...
engkau sahabatku...
engkau kekasihku...
engkau temanku...
engkaulah jua guruku...
engkaulah segala-galanya buatku
terima kasih atas segala pengorbananmu dalam membesarkan kami adik beradik


~ibu tercinta dgn xtvt kesukaannya 'orkid n bnga2an'~

Antara orkid kesayangan(^_^)




hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Tuesday, February 7, 2012

""RASULULLAH HABIBALLAH""


Salam Maulidur Rasul buat semua kenalan...rsenya masih belum terlambat untuk kita berselawat ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah s.a.w, qudwah hasanah kite semua sebagai umat baginda...alhamdulillah, masih bekesempatan untuk mencoret sedikit post buat Rasulullah s.a.w yang dirindui  sempena kelahiran Baginda...Betapa sayang dan kasihnya Baginda Rasulullah s.a.w kepada kita semua...smoga kite DI ANTARA umat yang dikasihinya...



Renungan bersama :
Orang yang paling aku kasihi di kalangan umatku ialah orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarganya dan hartanya
[HR Muslim]
Orang ini mempunyai keinginan dan cita-cita untuk berkhidmat pada Rasulullah s.a.w. dalam membantu menyebarkan walaupun tidak pernah melihatnya, berbanding para sahabat Baginda. Mereka sanggup berkorban untuk Rasulullah s.a.w. walaupun tidak mereka sebangsa atau sezaman dengannya.
Hadith Dari Ibnu Abas r.a. diriwayatkan, bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Apakah kamu mengetahui, siapa yang paling mengagumkan (tinggi) imannya?”
Para sahabat menjawab, “Imannya para malaikat, ya Rasulullah.”
Beliau bersabda, “Bagaimana para malaikat tidak beriman sedang mereka itu menyaksikan perkaranya.”
Para sahabat berkata, “Para Nabi, ya Rasulullah.”
Rasulullah Saw bersabda, “Bagaimana para Nabi tidak beriman sedang malaikat datang dari langit membawa wahyu.”
Para sahabat berkata, “Sahabat-sahabatmu, Ya Rasulullah. “
 Rasulullah Saw bersabda,
“Bagaimana para sahabatku tidak beriman sedang mereka menyaksikan mukjizat dariku dan aku memberitahu mereka tentang wahyu yang diturunkan kepadaku.”
Akan tetapi yang paling mengagumkan imannya ialah orang-orang yang datang sesudah wafatku dan beriman kepadaku sedang mereka tidak melihat dan membenarkanku, mereka itulah saudara-saudaraku.
JOM BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-





1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2.  Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]



Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Tuesday, January 10, 2012

@sAnAH heLwAH@


 Bismilahirahmanirahim, segala puji-pujian hanya untuk Allah swt, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...segala selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, Rasul yang dicintai dan dirindu...qudwah hasanah kita semua...salam perjuangan dititipkan buat sahabat seperjuangan...

 Sempena hari kelahiran pada tahun ini, tiada hadiah yang paling berharga melainkan nikmat islam, iman, hidayah & taufiq kurniaan dari Illahi. Sesungguhnya, itulah hadiah yang paling berharga buat diri ini...syukran jazilan kathira kepada semua sahabat2 serta kenalan atas doa serta ucapan daripada kalian semua...semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dikasihiNya...terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa tercinta, kerana didikan daripada mak dan ayah,anakmu dapat menjadi seperti hari in...syukur alhamdulillah
 
 Alhamdulillah, peningkatan usia mestilah seimbang dengan peningkatan amal ibadah... pada usia 21 tahun, masih banyak perkara yang belum ana ketahui, pelajari dan kuasai...alhamdulillah, kerana rahmat dan kasih sayangNya, banyak perancangan dariNya untuk diri ini yang serba kekurangan dalam segala hal...

Terima kasih  ya Allah, terima kasih... 



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu...
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih...
Ampunkan aku Ya Allah, pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan...
Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia yang semakin meningkat  yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati...
Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Muhaimin... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela...
Ya Al Hakim... berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi...
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar...peliharalah dri ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.Engakau permudahkanlah segala urusan hambaMu dalam menuntut ilmu...Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill... 
Amin Ya Rabbal Alamin...


p/s : syukran jzlan kathra kpd semua shbt2 atas teguran, nasihat, sokongan, peringatan dan perhatian...hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...