BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 30, 2011

~HALUSNYA BISIKAN SYAITAN~



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
1. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apa pun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. 

Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?”, begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Itu tidak apa-apa kan?”

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi, “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.” Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak ‘cool’, carilah fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, dicarinya fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin”, begitu syaitan menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya ‘cool’ dan ‘vogue’, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa lebih baik ia di belah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan bebas bergerak.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Erm, tersingkap sedikit tak apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih ‘power’, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang memadai, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki. Ini baru agak longgar. Oh, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, orang tetap menamakannya dengan tudung.” Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis. ”Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bercanggah dengan para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.” “Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki”, wanita bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. 
Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ‘oh’ atau ‘wow’, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”


Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”


Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah peha lalu dipakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh peha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’uzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Demikian halus cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama ibu bapa jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apa pun, segera mengambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka ia akan menjadi sesuatu yang sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 






hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Monday, October 10, 2011

...sERikANdi ISLAM diHaTiKu...


Semoga Berjaya
Menjadi Wanita Faqihah
Sebijak Minda Aisyah

Semoga Berjaya
Menjadi Menjadi Gadis Mulia
Semulia Diri Mariam

Semoga Berjaya
Menjadi Perempuan Tabah
Setabah Hati Asiah

Semoga Berjaya
Menjadi Srikandi Kebanggaan
Sehebat Jiwa Sumayyah

Semoga Berjaya
Menjadi Hiasan Indah
Seanggun Akhlak Rabiatul Adawiyah

Semoga Berjaya
Menjadi Isteri Solehah
Setulus Kasih Siti Khadijah

Semoga Berjaya
Menjadi Wanita Dan Kekasih
Kecintaan Allah S.W.T

Doaku, moga diberi kekuatan olehNya
Menghadapi Hari Mendatang
Penuh Dengan Onak Duri
KU CUBA MENJADI YANG TERBAIK
DEMI MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI
amiin ya rabb...

hanya padaMu aku memohon...

...INNALLAHA MA'ANA...

HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Tuesday, October 4, 2011

Keagungan ciptaan Ilahi vs Xpdc Gunung Stong


Alhamdulillah wa syukurillah…segala puji bagi Allah yang menjadikan siang dan malam…segala selawat dan salam buat Rasululullah yang dicintai dan dirindui, salam perjuangan buat mujahid/ah penyambung rantai perjuangan baginda Rasulullah s.a.w…semoga kita semua thabat dan istiqomah dalam membantu para pejuang agama Allah dalam mempertahankan daulah Islam, namun dek kerana tiadanya lagi Daulah Islam, tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifahNya, sebagai abidNya, sebagai dai’e adalah untuk mengangkat semula martabat Islam ke tempatnya yang tertinggi…


"Islam itu tinggi dan tiada yang tertinggi melainkannya"


Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah kerana telah memilih diri ini untuk menyaksikan sendiri keagungan dan kebesaran alam ciptaanMu…` jauh kilometer, luas permandangan, bertambah kesyukuran buat yang Maha Esa `…Alhamdulillah, berakhir sudah Program Ekspedisi Gunung Stong yang dijalankan selama 3 hari 2 malam di Dabong, Jeli, Kelantan…objektif utama ptogram ini adalan untuk mengeratkan ukhwah antara kami warga Persatuan Intelektual Muallim (PIM), IPG KB, disamping untuk menikmati dan menyelami keindahan alam ciptaan Ilahi. Antara perkara yang membuat hati menjadi lapang dan tenang adalah merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta, melihat, serta menikmati "kitab yang terbentang" ini.




di kaki gunung stong


air terjun tertinggi di asia tenggara

Subhanallah, Maha Suci Allah…dengan izinNya kami berjaya menghabiskan pendakian lebih kurang 3 jam. Pelbagai rintangan terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke destinasi, disamping mulut sentiasa melazimi zikir tanda memuji kebesaran Ilahi…kami berasa sungguh teruja akan keagungan ciptaan Ilahi…subhanallah…sebak melanda diri tatkala diberi peluang olehNya melihat kalimah “ ” pada batu, perempuan sedang berdoa yang terukir pada batu besar seolah-olah ada yang mengukirnya…Maha Suci Allah…


Maha Suci Allah
Kami juga diberi peluang olehNya untuk meilhat kebesaranNya yang jelas kelihatan pada stalagtik dan stalagmit yang membentuk pelbagai bentuk…kelihatan stalagtik yang membentuk orang yang sedang tidur, keris yang terpacak, kasut, dan sebagainya. Ana sertakan kemudian gambar2 untuk sama2 berkongsi keindahan serta keagungan ciptaan Ilahi.

Di sebalik panorama yang indah yang dapat kami saksikan, perkongsian serta makanan rohani tidak dilupakan sebagai peringatan bersama. Setiap kumpulan diminta memberi tazkirah serta perkongsian mengikut kumpulan masing-masing di setiap perhentian. Alhamdulillah, disamping melihat keindahan alam ciptaanNya, kami juga memperoleh ilmu sebagai bekalan dan panduan bersama. Perkara inilah yang membezakan program yang dianjurkan oleh orang yang ingin membawa ISLAM. Cuba kita renung2kan, kebanyakan program, ekspedisi dan sebagainya  kebanyakannya memperoleh keseronokan serta keletihan semata-mata tanpa mendapat sebarang ilmu pengetahuan. Sma2 kita mainkan peranan kita untuk mewujudkan “program islamik” untuk masa2 akan datang...I.ALLAH




Antara perkongsian daripada sahabat2 kumpulan ana(kumpulan 2) :


*Perkongsian daripada akhi Syahir :

Akhi ada berkongsi berkaitan dengan perasaan riak, ujub, takabbur yang mana akan menyebabkan segala amal perbuatan kita adalah sia-sia. Kita sudah sedia maklum bahawa syaitan LAKNATULLAH telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan kaum Adam. Sekiranya timbul perasaan yang sedemikian sama2 kita perbanyakkan istighfar, mendekatkan diri dengan Allah. Sudah terang lagi jelas, itu semua adalah syaitan LAKNATULLAH yang sedaya upaya cuba untuk menggangu kita dalam apa jua keadaan sekalipun. Akhi juga berpesan, janganlah kita menjadi syaitan disiang hari dan menjadi Muslim dimalam hari.

*Perkongsian daripada akhi AQISH
Amal Jamaei…hendaklah kita berada bersama-sama kumpulan atau persatuan yang ingin membawa Islam dan janganlah kita membawanya secara seorang diri. Walhal, kekasih Allah turut memerlukan sahabat2 untuk menyebarkan Islam serta berada dalam kumpulan, jemaah untuk menentang kafir quraisy. Pentingnya juga adalah untuk kita mendekati sahabat yang boleh memberi peringatan serta menegur salah silap yang kita lakukan kerana sedar akan hakikat diri in yang serba kekurangan.


*Perkongsian daripada ukhti Hidayah

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu: 1.Sedekah jariah .2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya. 3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.


peringatan tuk diri sendiri n shbt2,



*Perkongsian daripada ANA

Perkongsian berkaitan “ sy x layak nk tegur rakan2, sy bukan sape2, sy xcukup ilmu lagi”

Peringatan untuk diri ana sendiri dan sahabat2, ramai yang merasakan diri mereka tidak mampu menegur rakan2, tidak mampu memberi peringatan, tidak mampu untuk bercakap berkaitan agama kerana mereka merasakan ILMU MEREKA MASIH TIDAK CUKUP. Ana juga merasakan perasaan yang sama satu ketika dahulu, namun nasihat dan teguran daripada naqibah tersayang Ukhti Aishah Nadhirah masih segar di ingatan. Sahabat2, apakah yang boleh kita ukur untuk menggambarkan ilmu kita telah cukup??? Adakah dengan jumlah buku yang kita baca??? Adakah dengan banyaknya jumlah kuliah serta ceramah agama yang kita hadiri, yang kita dengari???…ana suka untuk membawa kata2 Imam Hassan Al Basri.

Satu hari Imam Hasan al Basri pernah berkata;

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"

Sebagai seorang Muslim, sma2la kita memberi peringatan, sma2 menasihati antara satu sama lain,..berkongsilah apa yang kita ketahui setakat yang kita mampu disamping kita cuba menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri kuliah agama, menyertai usrah dan sebagainya. Sesungguhnya ilmu yang kita ada sama2 kita amalkan dan sebarkan kepada orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Sampaikanlah pesanan, walaupun satu ayat…


ILMU + AMAL = SEBAR


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Friday, September 23, 2011

**malulah wahai Dai'e**




Bismillah...dengan nama Allah yang paling Agung,


Memegang 'title' ikhwah/akhawat/ahli usrah/orang-orang ditarbiyyah/dai'e , bukan lesen untuk kita berasa diri ini lebih dari orang lain.Tidak,bahkan tanggungjawab kita lebih berat daripada mereka yang masih belum faham di luar sana.Sedarkah kita, dalam kita mengikrar janji setia untuk mendokong dakwah ini, masih lagi hati kita mahu mencari keseronokan dunia? Bukan semua, tapi pasti ada.

Memang, akhawat ikhwah juga manusia.Bukan malaikat, tidak sempurna.Tetapi lingkaran tarbiyyah ini juga bukan untuk menjadikan kita hamba yang suci dari dosa.Sesekali tidak, bahkan jika kita tidak melakukan dosa sekelumit pun, Allah akan menggantikan kita dengan hamba yang lain.Hamba yang PASTI berbuat dosa, tetapi akhirnya bersujud menengadah tangan memohon keampunan-Nya.Hamba yang datang membawa segunung dosa, tetapi dengan kerendahan diri mahu bertaubat bersujud di bawah rahmat-Nya.


"Sebahagian manusia, apabila dia mendapati pada dirinya hidayah, ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai, seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah. Beringat, berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"

Ikhwah akhawat, yang terpilih untuk duduk dalam lingkungan biah soleh ini, semuanya kerana rahmat Allah yang tidak pernah habis. Janganlah kamu sombong dan memalingkan mukamu dari mereka yang masih cuba mencari kebenaran.

Sedikit refleksi diri bagi para du'at yang mungkin terlupa terleka, sebagai sahabat dan saudara mukmin, kewajipan kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain,moga-moga dakwah ini tidak akan terhalang daripada terus sampai ke puncaknya.-Ustaziyatul Alam.
(syukran SabahanMuslim)


Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?

Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?

Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?" 
[QS al-Baqarah, 44]

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61:2-3]


wahai akhwat yang ku syg, memang dalam tarbiyyah ,kita terpaksa meninggalkan sesuatu yang kita cintai selama ini, tapi kerana tuntutan dakwah dan mahu kembali mencari CintaNya, engkau sanggup meninggalkan segala 'pakaian jahiliyyah' selama ini.Sakit, perit hanya engkau dan Tuhan saja tahu. Mereka di luar cuma akan terus menghukummu jika engkau masih dengan jahiliyyah dahulu. Sabarlah ukhti, segala sakit perit itu, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik di sisiNya. Tidak kah syurgaNya begitu menggiurkan untukmu?
Setiap kehilangan itu Allah akan ganti dengan cintaNya.
Yakinlah, engkau akan bahagia


-peringatan utk diri ini terutamanya serta sahabat2 shabiah, perkongsian drpd http://syafiqahrahmat.blogspot.com-
-SEMOGA BERMANFAAT UTK KITA SEMUA DALAM MENGEJAR KEREDHAAN ILAHI-


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Sunday, August 21, 2011

***LAILATUL QADAR YANG DINANTIKAN***




Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.



Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

(blog teh secawan)

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Sunday, July 31, 2011

:::MENGHAYATI RAMADHAN AL- MUBARAK:::


Tirai syaaban bakal berlabuh...menanti kemunculan bulan yang penuh dgn barokah, bulan Ramadhan...bulan keredhaan Allah serta pengampunan dosa ke atas hamba-Nya yang memanfaatkan setiap detik masa di sepanjang Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan2 sunat...i.Allah


Kedatangan Ramadhan sentiasa dinanti dan dirindui oleh setiap Muslim. Sebagai seorang Muslim, janganlah kite meninggalkan serta mengabaikan peluang keemasan yang datang hanya setahun sekali kerana belum tentu kite akan ditemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Pesanan Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh At - Tirmizi :
" Orang yang cerdik adalah orang yang menjalani kehidupan seiring dengan kehendak agama dan membuat persiapan untuk hari esok manakala orang yang bodoh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan-angan Allah akan mengampunkannya"


Bagi mereka yang membiarkan Ramadhan berlalu tanpa pengisian, sesungguhnya mereka menempah kerugian yang teramat dalam kehidupan mereka sebagai seorang Muslim serta menempah penyesalan diakhirat kelak.

***SAMA-SAMA KITA MENGIMBAU KEMBALI PERISTIWA-PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK**

> Kemenangan di Bulan Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan yang istimewa dan penuh berkah untuk kaum muslimin. Banyak peristiwa penting yang terjadi pada bulan Ramadhan. Berikut ini beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan yang mulia ini:
> Rasulullah Menerima Wahyu Pertama.
Ketika Rasululah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berpikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah yang berjarak dua mil dari kota Mekkah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan selama satu bulan Ramadhan penuh. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Agustus 610 M dan usia beliau genap berumur 40 tahun Qamariyah lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan Surah Al-‘Alaq yang merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah.
Al-Qur’an diturunkan pada bulan Ramadhan. Allah SWT berfirman, “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (QS. Al Baqarah [2]: 185). Ibnu Katsir mengatakan bahwa Allah SWT menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, yaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Qur’an diturunkan di dalamnya.
Kitab-kitab Suci Diturunkan. Rasulullah SAW bersabda,”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari keenam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ketiga belas dari Ramadhan.” (HR. Ahmad)
> Perang Badar
Perang ini merupakan pertempuran pertama yang dilakukan kaum muslimin setelah mereka berhijrah ke Madinah melawan kaum Quraisy dari Mekkah. Pertempuran berakhir dengan kemenangan pihak muslimin yang berkekuatan 313 orang melawan sekitar 1000 orang dari Mekkah. Perang ini terjadi pada hari Jumat, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah SWT berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (QS. Ali ’Imran [3]: 123). Ibnu Abbas mengatakan bahwa saat itu hari Jumat, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun dan Abu Jahal yang merupakan musuh terbesar kaum muslimin.
> Fathu Makkah/ (Penguasaan Kota Mekah)
Fathu Makkah merupakan peristiwa besar. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (QS. Al Fath [48]: 1). Sebagian ahli tafsir berpendapat bahwa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Makkah, walau ada sebagian ulama yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiyah dan penaklukan negeri Rum. Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun kedelapan hijriyah.
> Penghancuran Berhala Uzza
Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah bahwa pada 5 hari terakhir di bulan Ramadhan tahun kelima hijriyah Rasulullah mengutus sejumlah pasukan yang dipimpin oleh Khalid bin Walid guna menghancurkan rumah peribadatan yang digunakan untuk menyembah Uzza. Dan Rasulullah bersabda: “Uzza itu tidak akan diibadahi selamanya!”
> Penghancuran Berhala Latta
Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah, bahwa pada tahun kesembilan hijriyah di bulan Ramadhan datanglah utusan kabilah Tsaqif dari Thaif kepada Rasulullah untuk menyatakan keislaman. Karena kabilah Tsaqif sudah memeluk Islam maka Rasulullah dan para sahabat berinisiatif untuk menghancurkan berhala Latta yang biasa mereka sembah, akan tetapi mereka minta izin untuk menghancurkan berhala mereka sendiri, akhirnya Rasulullah pun mengizinkan. Tak lama kemudian, kabilah Tsaqif menghancurkan berhala mereka sendiri.
> Penaklukan Andalus
n Kota ngan Indonesia Andalus ditaklukkan pada bulan Ramadhan. Pada 27 Ramadhan tahun 92 H, pasukan Islam yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad berhasil memasuki Andalus dari arah pesisir, ini adalah hal yang di luar dugaan, sehingga Roderick, penguasa Visigoth Spanyol segera mempersiapkan pasukannya yang berjumlah 25.000. Setelah menguasai Jabal Thariq dan membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berkhutbah di depan pasukannya:”Lautan dibelakang kalian! Musuh di depan kalian!…”. Lalu pecahlah pertempuran antara 12.000 pasukan Muslimin melawan 100.000 tentara Roderick. Yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya Roderick.
Pasukan Islam di Andalus mengalahkan Faranjah di bulan Ramadhan. Di pagi hari Jum’at 20 Ramadhan 479 H terjadi peristiwa Zalaqah (yaitu dataran dekat wilayah Portugis). Di mana pasukan Islam yang melakukan penjagaan di wilayah Andalus yang dipimpinan Yusuf bin Tasyifin berhasil mengalahkan pasukan Faranjah (Franks) yang berjumlah 80.000 tentara yang dipimpin oleh Alfons VI yang juga tewas dalam pertempuran itu

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaaanMu...