BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 10, 2011

~PENGETAHUAN YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KAUM HAWA~



Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
 segala selawat dan salam buat Baginda Rasulullah s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat serta para muhajid/ah pejuang Islam...
alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk 'update' blog
dek kerana kesibukan, blog ini kelihatan suram tanpa post yang baru

     Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kami Lajnah Helwi IPG KKB berjaya menganjurkan program Girls' Day yang diadakan selama 2 hari berturut-turut. Antara program yg berlangsung ialah, ceramah kesihatan wanita, pertandingan gubahan sejadah, slot tanyalah ustazah, pameran kesihatan, pertandingan batu seremabn dan congkak serta 'red carpet competition'. Alhamdulillah...bak kata ustazah Ismaliza "walaupun kehadiran tidak menggalakkan, kita ibaratkan kerusi-kerusi dibahagian belakang dipenuhi oleh malaikat-malaikat rahmat...amiin3..^^

      Oleh kerana program ini kami namakan Girls' Day, jadi kesemua aktiviti melibatkan kaum hawa. Suka utk ana berkongsi salah satu slot untuk ana jadikan post pada kali ini iaitu "SLOT TANYALAH USTAZAH". 





Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapakah  ini boleh terjadi??


Ramai yang beranngapan. solat ketika Haid tidak perlu diqada??

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)





HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!




~we love we care~



HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Monday, April 4, 2011


 
MISTERI KEMALANGAN DI WAKTU SUBUH




Jam menunjukkan pukul 2 pagi , Haji Masjid masih tidak dapat melelapkan mata, berita kemalangan yang ditayangkan secara lansung dalam berita perdana tadi membuatkan jantungnya tidak berhenti berdegup.Amat ngeri apabila sebuah motosikal yang dibonceng oleh sepasang kekasih bawah umur merempuh sebuah Lori Najis dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kejadian ialah disebabkan kecuaian penunggang yang membuat aksi merbahaya dan memandu dengan laju.Mangsa adalah sebaya dan bersekolah Tingkatan 4 di sekolah menengah di ibukota 
.
Tingkatan 4? , jantungnya tidak berhenti berdegup , umur Haji Masid mencecah 62 Tahun , umur subsidi yang masih diberikan Allah S.W.T.Haji Masjid selalu teringatkan hal kematian sejak dia aktif berulang alik ke Masjid semenak pencen sebagai Pegawai Kerajaan.

Anak Kembar bongsunya masih bersekolah dalam tingkatan 4,Haji Masjid mulai bimbang, kerana anaknya tidak pulang ke rumah disebabkan menghadiri malis hari jadi rakanya.”Biasalah budak-budak sekarang..biarkanlah bang”, Masih terngiang-ngiang kata-kata isterinya ketika Haji Masjid membebel panjang mengenangkan perangai anak-anaknya.

Walaupun Haji Masjid Rajin ke Masjid tetapi anak-anaknya tidak pernah sekalipun datang solat subuh di Masjid.Sudah puas di ajak , Selalu saja isteri Haji Masjid mempertahankan anaknya kerana terlalu kesian kepada anak-anaknya yang letih selalu pulang lewat malam.

Bunyi motor sayup-sayup ditingkat bawah menghentikan lamunan Haji Masjid , dia tahu itu bunyi motor anak-anaknya…pintu ruang utama berbunyi di buka perlahan-lahan , jam sudah menunjukkan jam 3.30 pagi…Haji Mahmud hanya mampu berisytigfar dengan telatah anaknya..

Satu perasaan kesal menyelubungi dirinya , kerana sebelum ini pun ketika anaknya masih kecil , Haji Masjid tidak pernah membawa mereka ke Masjid atau masjid , malahan dia juga baru berjinak-jinak dengan Masjid sejak dia pencen 3 tahun lepas.

Dalam kekabutan fikirannya …akhirnya dia terlena…

Haji Masjid terjaga dengan laungan Azan Subuh yang kedengaran dengan jelas dari Masjid yang hanya jarak 100 meter dari rumahnya…Haji Masjid Bingkas bangun…Isterinya masih lena dengan tidurnya..Haji Masjid mengejutkan isterinya dan bingkas bangun ke bilik air.

Dengan cepat dia bersiap-siap dengan rutin hariannya ke Masjid…Tiba-tiba dia teringatkan mimpi ngerinya tadi..suatu mimpi yang melibatkan kemalangan misteri di waktu subuh..
Cepat-cepat dia ke bilik anak kembarnya dan mengejutkan mereka..

“Bangun!..bangun! kita ada kemalangan ni!”
Haji Masjid mengejutkan anak-anaknya dengan tergesa-gesa..
Anaknya yang terkejut ..bingkas bangun.
“Kemalangan apa papa?”
Soal anaknya yang masih mamai
“Jangan banyak soal..pakai baju melayu tu dan songkok…cepat ikut papa kita ada kemalangan ngeri ni!”
Anak-anaknya tanpa banyak soal pantas bangun mencapai baju melayu dan songkok lantas bersiap-siap mengikut Haji Masjid.

Haji Masjid menghidupkan kereta dan anak-anaknya menurut dengan pantas memasuki perut kereta..
Kedua-duanya masih terpinga-pinga.
Belum pernah mereka keluar seawal pagi begini, tambahan pula pakai baju melayu dan songkok..nak kemana lah agaknya..mesti ada kematian akibat “Kemalangan ngeri itu”, fikir anaknya.
Haji Masjid membelokkan keretanya ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
“Kita Solat dulu!”
Anaknya hanya mengikut arahan..
Selesai mereka mengambil wudhu’ Imam Sudah megangkat takbir,Cepat-cepat mereka masuk ke dalam saf pertama yang masih kosong.






Selesai sahaja doa selepas solat fardhu subuh,cepat-cepat anak kembar haji Masjid menuju ke kereta, mereka pelik melihat Haji Masjid sempat bersalam-salam dengan jemaah-jemaah lain dan berbual..
Kelihatan beberapa jemaah lain menerpa Haji Masjid dan memeluknya..ada juga yang menepuk-nepuk bahu Haji Masjid.

Mungkin jemaah Masjid sedang mengucapkan takziah diatas “kemalangan ngeri yang dikatakan oleh Haji Masjid tadi..Cuma mereka masih berdebar-debar..siapakah yang kemalangan itu ..dan adakah ianya kemalangan maut?
Siapa meninggal Papa?
Haji Masjid hanya mendiamkan diri dan memandu keretanya kembali ke rumah.
“Papa nak ambil mama ya”
Soal anak kembar Haji Masjid ketika kereta memasuki perkarangan rumah mereka.
“Kita Dah Sampai!”

Anak kembar Haji Masjid bertambah bingung..
Isteri Haji Masjid juga terperanjat apabila melihat tiga beranak ini balik …
“Eh kemana abang bawak budak-budak ni?”
Soal isteri Haji Masjid..
“Ntah Papa kata ada kemalangan ngeri tadi”
Hah Siapa kemalangan bang?
Haji Masjid hanya tersenyum…
“Eh dah buang tebiat ke orang tua ni…,Siapa bang?”
Dengan tenang Haji Masjid Menjawab…
“Anak kembar kesayangan awak ni yang hampir-hampir kemalangan subuh tadi”
Anak Haji Masjid bertambah bingung..mereka menggaru-garu kepala yang tidak gatal
“Elok je anak kita ni bang..?”
Iya mereka selalu mendapat kemalangan setiap subuh..Cuma pagi ni saya sempat menyelamatkan mereka dari kemalangan ni!
“Apa awak cakap ni bang?”
Isteri Haji Masjid bertambah bingung seperti orang dungu …
Saya teringat kuliah maghrib semalam…

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? " 
Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Akhirnya barulah isteri Haji Masjid faham..
Anak kembar Haji Masjid membatu dan menundukkan pandangan mereka ke lantai.
Barulah mereka faham dan akhirnya terungkailah kisah “Misteri Kemalangan Di Waktu Subuh”

Tapi Papa kenapa ramai jemaah yang datang peluk papa tadi?

Oh..sebelum ni papa selalu ceritakan bahawa anak-anak papa selalu “kemalangan di waktu subuh” dan papa hampir putus asa memikirkan macamnana nak ajak kamu solat subuh berjemaah di masjid..mereka selalu memberi semangat dan menyuruh papa sentiasa berusaha dan berdoa…tadi mereka juga bersyukur..dan memeluk papa selepas lihat papa Berjaya bawa kamu ke masjid…

Esok kamu nak kemalangan lagi?
“Tidak papa…kami takut kemalangan tu!”
Jawab Anak kembar Haji Masjid serentak..
Haji Masjid tersenyum..kali ini seyumannya bertambah lebar!

Artikel Asal : Ibnu Rahman



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...