BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 26, 2012

~S.B.E at sek.keb. L.K.T.P BELARA~

Alhamdulillah...berpeluang menjalankan s.b.e  at s.k l.k.t.p belara
5 hari berlalu begitu pantas sekali
kenangan sewaktu disekolah rendah menggamit memori
sekolah yang banyak meninggalkan kenangan dan nostalgia bersama rakan-rakan 
setelah 9 tahun meninggalkan skolah, banyak perubahan yang berlaku
alhmadulillah wa syukurillah

sekalung tahniah kepada GB, Cikgu Aznordin, guru penolong kanan, guru2 serta semua warga sk l.k.t.p belara atas kerjasama yang diberikan
tidak lupa kepada ust ahmad mahyuddin selaku guru pembimbing yg byk membantu bg menyiapkn tugasan...syukran jazillan kathira ust
warga sekolah yang peramah, biah solehah yang sngat menenangkan
persekitaran sekolah yang bersih, damai, harmoni

corat-coret, seminggu bersama warga s.k l.k.t.p. belara....

~perhimpunan pagi dgn bacaan juzu ama, sifir, sdikit pesanan dan nasihat, diakhiri dgn bacaan doa(masa ana, dlu, just beratur ditepi kelas)~
~tasmid selepas waktu persekolahan(masa ana dulu, xdepon..urm)~
~latihan olahraga, yg b'baju putih ialah angah, ana jga msa angah kecik2 dlu..wt main ptg2..msa tu, angah kecik lagi(^_^), skraag dh besar dh..smoga m'jdi ank soleh utk ibu dn ayah ye..amiin~
~murid tahun 2, byk m'bantu utk siapkn asmen ana...time ksih atas kerjasama~
~b'sama2 murid thn 1...smoga m'jdi ank yg solehah ye dik...semua byk celoteh, kalah cg..hehe~
~calon UPSR 2012, good luck ye~
~si montelest arif yg hndsome + cute dgn angkatannye..^_^, geram nk cbit je pipi tu~

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Thursday, March 15, 2012

~sanah helwah bonda tercinta~


Sanah helwah bonda tercinta!!!
entry kali ini khas untuk bonda tersayang

SELAMAT ULANG TAHUN yg ke- 46

semoga Allah merahmati Ibu dan keluarga kami...
semoga Allah memperpanjangkan usia, memurahkan rezeki dan meningkatkan serta menetapkan keimanan dalam ketaatan kepadaNya...
semoga Allah mengurniakan Ibu dengan anak-anak yang soleh dan solehah...
semoga Allah mengurniakan sakinah dalam keluarga kami...
semoga Allah mengurniakan Ibu dengan segala apa yang dihajati...
semoga Ibu dibawah lindungan dan naungan Allah sentiasa...
amiin ya rabb

“hanyalah dirimu permata hatiku,
setinggi langit seluas bumi pengorbananmu
bagaikan lilin membakar diri
kau menyinarkan cahaya bakti
budimu suci bak embun pagi
dikaulah ibu yang ku sanjungi”


ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku
engkau ibu kepadaku...
engkau ustazahku...
engkau sahabatku...
engkau kekasihku...
engkau temanku...
engkaulah jua guruku...
engkaulah segala-galanya buatku
terima kasih atas segala pengorbananmu dalam membesarkan kami adik beradik


~ibu tercinta dgn xtvt kesukaannya 'orkid n bnga2an'~

Antara orkid kesayangan(^_^)




hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Tuesday, February 7, 2012

""RASULULLAH HABIBALLAH""


Salam Maulidur Rasul buat semua kenalan...rsenya masih belum terlambat untuk kita berselawat ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah s.a.w, qudwah hasanah kite semua sebagai umat baginda...alhamdulillah, masih bekesempatan untuk mencoret sedikit post buat Rasulullah s.a.w yang dirindui  sempena kelahiran Baginda...Betapa sayang dan kasihnya Baginda Rasulullah s.a.w kepada kita semua...smoga kite DI ANTARA umat yang dikasihinya...



Renungan bersama :
Orang yang paling aku kasihi di kalangan umatku ialah orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarganya dan hartanya
[HR Muslim]
Orang ini mempunyai keinginan dan cita-cita untuk berkhidmat pada Rasulullah s.a.w. dalam membantu menyebarkan walaupun tidak pernah melihatnya, berbanding para sahabat Baginda. Mereka sanggup berkorban untuk Rasulullah s.a.w. walaupun tidak mereka sebangsa atau sezaman dengannya.
Hadith Dari Ibnu Abas r.a. diriwayatkan, bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Apakah kamu mengetahui, siapa yang paling mengagumkan (tinggi) imannya?”
Para sahabat menjawab, “Imannya para malaikat, ya Rasulullah.”
Beliau bersabda, “Bagaimana para malaikat tidak beriman sedang mereka itu menyaksikan perkaranya.”
Para sahabat berkata, “Para Nabi, ya Rasulullah.”
Rasulullah Saw bersabda, “Bagaimana para Nabi tidak beriman sedang malaikat datang dari langit membawa wahyu.”
Para sahabat berkata, “Sahabat-sahabatmu, Ya Rasulullah. “
 Rasulullah Saw bersabda,
“Bagaimana para sahabatku tidak beriman sedang mereka menyaksikan mukjizat dariku dan aku memberitahu mereka tentang wahyu yang diturunkan kepadaku.”
Akan tetapi yang paling mengagumkan imannya ialah orang-orang yang datang sesudah wafatku dan beriman kepadaku sedang mereka tidak melihat dan membenarkanku, mereka itulah saudara-saudaraku.
JOM BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-





1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2.  Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]



Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Tuesday, January 10, 2012

@sAnAH heLwAH@


 Bismilahirahmanirahim, segala puji-pujian hanya untuk Allah swt, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...segala selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, Rasul yang dicintai dan dirindu...qudwah hasanah kita semua...salam perjuangan dititipkan buat sahabat seperjuangan...

 Sempena hari kelahiran pada tahun ini, tiada hadiah yang paling berharga melainkan nikmat islam, iman, hidayah & taufiq kurniaan dari Illahi. Sesungguhnya, itulah hadiah yang paling berharga buat diri ini...syukran jazilan kathira kepada semua sahabat2 serta kenalan atas doa serta ucapan daripada kalian semua...semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dikasihiNya...terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa tercinta, kerana didikan daripada mak dan ayah,anakmu dapat menjadi seperti hari in...syukur alhamdulillah
 
 Alhamdulillah, peningkatan usia mestilah seimbang dengan peningkatan amal ibadah... pada usia 21 tahun, masih banyak perkara yang belum ana ketahui, pelajari dan kuasai...alhamdulillah, kerana rahmat dan kasih sayangNya, banyak perancangan dariNya untuk diri ini yang serba kekurangan dalam segala hal...

Terima kasih  ya Allah, terima kasih... 



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu...
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih...
Ampunkan aku Ya Allah, pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan...
Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia yang semakin meningkat  yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati...
Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Muhaimin... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela...
Ya Al Hakim... berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi...
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar...peliharalah dri ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.Engakau permudahkanlah segala urusan hambaMu dalam menuntut ilmu...Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill... 
Amin Ya Rabbal Alamin...


p/s : syukran jzlan kathra kpd semua shbt2 atas teguran, nasihat, sokongan, peringatan dan perhatian...hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu... 

Thursday, January 5, 2012

""""DATAB 2011""""

Assalamualaikum w.b.t...

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam...
Segala selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w,ahlul bait serta para sahabat...
Salam perjuangan buat sahabat2 seperjuangan...
  
Alhamdulillah...Alhamdulillah wa syukurillah...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan peluang kepada ana untuk mengikuti 'DATAB 2011' yang diadakan selama 9 hari bermula 17-25 /12/ 11 di Pusat Pengajian Pondok Moden, Kandis ,Bachok anjuran IPG KADRI, jazakumullah hu khairan khatira jaza' kpd pihak urusetia dan semua yang terlibat.


Kitab SULAM MUBTADI

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya...sepanjang 9 hari pengajian kitab, ana dan sahabat2 bertalaqi kitab SULAM MUBTADI karangan Almarhum Syeikh Imam Daud Al- Fatoni yang membincangkan berkenaan hukum fekah, aqidah, tasawur,munakahat, dan sebagainya....

Alhamdulillah, pengajian yang sangat bermakna untuk diri ana terutamanya. Banyak perkara baru yang ana perolehi daripada ustaz2 terutamanya berkaitan tasawuf...alhamdulillah...
begitu luas ilmu Allah untuk dipelajari dan diketahui...makin kita pelajari sesuatu ilmu makin banyak perkara yang kita tidak ketahui dan perlu kita ketahui dan pelajari...

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)



Sepanjang pengajian kitab :

Peserta Datab 2011...





Tenaga pengajar 





Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


Hukum Menuntut Ilmu(perkongsian drpd blogger)

"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis)
Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut, saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal tersebut ada dinyatakan di dalam buku "Ilmu Fiqih Islam" karangan Drs. H. Moh. Rifai.
 
Apabila kita memperhatikan isi Al-Qur’an dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud; 
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)
Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan ‘aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.
 
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kita di dunia, agar tiap-tiap muslim tidak dikategorikan sebagai terkebelakang dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu deenul Islam agar menghasilkan natijah yang sempurna, amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib ‘ain dan adakalanya wajib kifayah.

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Sunday, November 13, 2011

khAs utk a.Syam @ Iput

Assalamualaikum w.b.t...salam imtihan buat semua sahabat di IPG KB juga buat kakak tersayang di IPG KPM...bittaufiq wannajah...semoga dipermudahkan urusan untuk menjawab soalan exam...
ammin ya rabbal alamin
 ana luangkan sdikit masa study ana utk sediakan entry khas untuk adik tersayang yang akan menduduki SPM pada hari esok(mesti cuak tu)...^^

hndsome k???(^,^)
Handsome k gmbar kt atas tu...hehe...tulah adik ana yang akan ambik SPM besok...Mohd Hisyam namanya...abg syam or iput(nama manja...he2)...alhamdulillah,sejak beberapa bulan kebelakangan ni, nmpknye a.syam dh rajin sikit sentuh buku...stdy mane2 subjek yg a.syam rase agk susah ckit cam mat, tasawwur n science...time cuti skolah yg lalu, ana n akk cuti coz kmi ni bakal guru...jadinya, bile je skolah cuti, kmipn turut sma cuti(bestkn jdi cikgu!!!)

masa cuti yang ada, kmi manfaatkan sepenuhnya utk membantu adk2 dlm pelajaran mereka
ana mengajar adik ana yg darjah 4 coz final exam, akk pulak ajar a.syam subjek math & science(akk ana lbih 'power' ckit bile bab2 no.ni, ana lbih suka yg menghafal cm sej)...kn kak?
walaupun ana stdy kt KLATE je, ana jarang balik umh coz ade komitmen yg lebih penting lagi di IPG KB...kdg2, time cuti skolahpn akk ana yg stdy kt MELAKA akn smpai t'lebih dahulu...biasanya ana akan smpai umh 2,3 hari lewat drpd tarikh cuti...
akk slalu je tnya, "npe slalu blik umh lmbt..."
jwb ana,"biasalah, bukan mudah bergelar seorang pejuang"
bukan mudah utk semua org memahaminya sedangkn yg fahampn susah untuk faham akan tanggungjawab mereka...ok kak??(^_^)

smbng ckit lg sal adik ana...a.syam ni bgus budaknya...tp berbeza sdkit dgn adik ana yg no.2 a.li...a.syam lebih suka buat kerja spt cat rumah, beli barang keperluan utk memasak n yg lebih kpd teknikal...kalu a.li plak..FLEKSIBEL, semua kerja a.li bole buat...minta tlg je...i.Allah a.li buat semuanye tanpa membantah...nama manja a.li ialah a.handsome(akk ana yg bg nama ni coz katenye rmai kwn2 yg puji kta a.li hndsome...hndsome k???hndsome tu subjektif tau...hehe)

ok2...a,li ni akn penuhi segala permintaan kmi sekeluarga berbangding a.syam tp kena bg msa ckit..a.li semua keje a.li bole buat...jemur baju,angkat baju,bsuh pinggan, menyapu rumah, beli barang, tlg kacau gulai or what ever masakan(ana selalu ambil ksempatan...^^), n segala bendala...pokoknya, a.li xpernah menghampakan pertolongan kmi semua...hari raya aidiladha yg lepaspn, a.li akan bangun daripada tidurnya untuk mesin kelapa 4 making nasi impit walaupun dh pukul 12 malam...kelapa tu, a.syam dh tlg 'koyok'...a.li rsa kebertanggungjawapan pd drinya utk langsaikn tugasan yg diberikan kpdnya(kpd,boy2 kt luar sna, contohilah a.li ye...(^_^))...alhamdulillah...anak yg xpernah hampakn pertolongan mak n ayah...moga jdi ank yg soleh a.li...amiin2


a.syam, pndai dri segi pekembangan sosioemosi means pandai bergaul dgn org sekeliling berbanding a.li yg agak pemalu n pendiam...klu bab ni, mmg a.syam dpt A plus...=)

itulah sedikit sebanyak perbezaan antra a.syam n a.li...masing2 ade kekurangan n kelebihan msing2
walaupun a.li agak kurang ckit dalam pelajaran, tp a.li bgus n setlle dalam perkara yg lain...namun,kmi yg gurl2 lg bgus dlm exam..hehe..alhamdulillah
pepn, yg penting, asalkan a.li m'besar m'jadi syabab yg membahagiakan mak n ayah serta menjadi insan yg berjaya didunia dan akhirat...amiin
~gambar hero2 kami(gmbr 2008 kot)

   (a.li, a.syam. dik mi yg kak.na sngat2 syngi n cintai...doa kakakmu ini agr adik2@hero2 akk menjadi ank yg soleh yg boleh  mendoakan mak n ayah tercinta...ingatla dik, betapa besarnya pengorbanan mak n ayh utk membesarkan kite semua...masih terlalu jauh lagi perjalanan yg bakal adik2 tempuhi...dunia ni, penuh dgn ujian n dugaan...smoga kite semua berada dlm lindunga n jagaan Allah s.w.t)
(a.syam n motor ksayangannya...alahai, bckground!!!)

Ana kol umh td dlm kul 3 cm tu, jdinya skrang mesti mk & ayh otw antar a.syam k asrma...a.syam duk asrma coz nk exam bsok...ana ade bg ckit taujihat n kata2 smangat kt a.syam utk hdapi SPM bsok...
last perbualan kami, 'mayang hajat k syam etek, gtaw kak wa gak'
jwb ana.'i.Allah, kak mayang hjat n doa k a.syam tp ganepn kena ade usaha gk...doa2 sje xjadi tnpa usaha'
jwb a.syam, 'ok2...'


oklah, stakat ni je yg dapat ana coretkan...
buat yg terbaik ye a.syam...akk doakn agr Allah permudahkn segala urusan menjawab exam besok n paper2 seterusnya...amiin
pastikn buat yg lebih baik lg drpd k.na n k.wa ye


~GOOD LUCK MY IPUT~(^_^)
BITTAUFIQ WANNAJAH



hmbaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Sunday, October 30, 2011

~HALUSNYA BISIKAN SYAITAN~



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
1. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apa pun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. 

Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?”, begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Itu tidak apa-apa kan?”

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi, “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.” Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak ‘cool’, carilah fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ye?” Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, dicarinya fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin”, begitu syaitan menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya ‘cool’ dan ‘vogue’, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa lebih baik ia di belah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan bebas bergerak.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata membuat lebih selesa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Erm, tersingkap sedikit tak apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih ‘power’, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang memadai, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki. Ini baru agak longgar. Oh, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, orang tetap menamakannya dengan tudung.” Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis. ”Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bercanggah dengan para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.” “Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki”, wanita bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. 
Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ‘oh’ atau ‘wow’, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”


Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”


Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah peha lalu dipakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh peha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’uzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Demikian halus cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama ibu bapa jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apa pun, segera mengambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka ia akan menjadi sesuatu yang sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 






hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...