BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 26, 2011

::KEMASTIAN ITU PASTI::





كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أَجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زَحْزَحَ عَنِ النَّارِ وَأَُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ. 
ال عمران: 185
Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran: 185)

Alhamdulillah, masih diberikan nikmat yang tidak terhingga olehNya, iaitu nikmat Iman dan Islam. Masih diberikan ruang dan peluang olehNya untuk menjenguk blog yang mungkin sudah penuh dengan sesawang. Dek kerana kesibukan sebagai hambaNya, terpaksa membiarkan blog ini tanpa post terbaru. Walaupun penulisan serta perkongsian blog ana tidaklah seberapa namun sudah cukup sekiranya mampu menjentik serta menyentuh hati2 kecil yang membacanya. 

Hari ini genap 22 hari pemergian insan yang amat kusayangi...dialah ustazah, dialah motivator, dialah guru mengaji, dialah kaunselor, dialah pembakar semangatku, dialah pendengar setiaku...dia yang ana maksudkan ialah nenekku(kami, cucu2nya memanggilnya "tok") yang telah kembali kerahmatullah pada tanggal 5/6/2011.
Pemergiannya tanpa disangka2 oleh kami semua, selepas mengambil wudhuk untuk solat maghrib tok meninggalkan kami semua kerana disyaki serangan jantung.

Semoga tok ditempatkan dikalangan orang2 beriman...amiin2
Tok insan yang amat kami sayangi dan kagumi :

Walaupun tok selalu sakit, sepanjang bersama2nya sewaktu hayatnya...tidak pernah sekalipun melihat dirinya meninggalkan solat sunat dhuha, tahajjud, al - mathurat, solat sunat qobla wa ba'da solah sekiranya dirinya terdaya untuk melaksanakannya walhal dalam keadaan duduk. Solatnya diawal waktu, dengar sahaja azan terus solat...sekiranya berkelapangan, naskah al - quran dibaca sebelum menuggu masuknya waktu. Selalu memberikan peringatan kepada anak cucunya, ana selalu meminta pandangan dan pendapat dalam setiap tindakan yang diambil

~tok disamping mak dan ayah~


annisa78Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, … [an-Nisa' (4) : 78]



en3 sepupu ana:

Genap seminggu aku kehilangan seorang lagi insan cemerlang yang banyak berjasa dalam hidupku.  Dialah motivator, dialah pengasuh, pendidik, ibu sementara, pernah jadi tukang jahit baju(masih tak lupa dress yg dia jahitkan sbg hadiah aku dapat nombor satu dalam kelas) dialah tukang masak terhebat, dan dialah segala-galanya bagi kami cucu-cucunya.  Katilnya yang sangat comfort, kupanggil 'sarang', kerana aku sangat senang bermalas-malasan di peraduannya menikmati empuk bantal kekabu dan harum bau dirinya yang selalu kurindu.  
Pemergiannya sangat drastik.  Tengahari itu dia, aku dan Aliaa adikku sempat bergurau senda bergelak ketawa sambil menikmati kuih muih.  Malah, 10 minit sebelum pemergiannya, mama sempat berborak sapa basa-basi dengannya.  langsung tiada tanda dia bakal dijemput malaikat maut.  Kemudian, kami telah dikejutkan dengan ketiadaannya.  Terlalu cepat!  Malah, ketika aku dan Najihah berpandangan ketika tangannya dalam genggaman kami, masih sempat aku menafikan kenyataan yang kami berdua harus sedia maklum.  Ketika itu, keningnya telah jatuh, hidungnya sekali.  Tangannya sejuk beku, malah tiada denyut nadi dapat dikesan.  Tidak juga denyut jantung!  nah, auta apa lagi yang boleh aku hadapkan untuk membuktikan yang dia masih hidup?  Dia sudah tiada!  Walau ketika itu golongan mereka cuba sedaya upaya mengatakan nadi masih berdenyut, dia masih menelan, tapi aku dan Najihah tersedu dalam sayu.  Kesayuan itu pecah berderai apabila individu yang lebih maklum mengesahkan pemergiannya...
Biarlah.  Biarlah dia pergi dengan aman.  Bukan tidak suka dia berada di muka bumi ini masih menghirup udara llahi, namun seandainya rezeki di alam sana lebihh terang untuknya, biarlah dia pergi..
Kisah hidupnya bagai relung-relung kisah yang penuh carik lompang di sana-sini.  Drama yang menghias malamnya sentiasa ada episod duka.  Dia bekerja keras menyara anak-anak, kudrat yang dikerah, bak kudrat lelaki.  Masakan tidak ketika usia semakin renta, dia dipagut pelbagai sakit tanpa belas ihsan.  Cuma di akhir-akhir hayatnya, dia sudah gagah untuk tersenyum, apatah ketika meladeni keletah cicit nan seorang.  Cicit itulah ditatang dicium, tanpa mulutnya tidak henti-henti mengucap syukur kerana diberi peluang menimang cicit!
Di sini, bukan pemergiannya yang tiba-tiba itu akan aku tangis rayukan, tetapi pengajaran di sebalik kematiannya.  
Pengajaran pertama:-
Dia seorang yang selalu sakit, tetapi tidak sekali aku lihat dia melengahkan solat lima waktu, dengar azan sahaja terus bergegas mengambil wuduk.   Mungkin itu sebabnya Allah mahu segera bertemu dengannya di alam sana.  Mudah sahaja dia dalam sakaratulmautnya.  

              Pengajaran Kedua:-
Persiapan yang dilakukannya menghadapi kematian.  Memang di hari-hari akhirnya, dia banyak berpesan amanat itu dan ini.  Tapi kami semua langsung tidak menyangka kali ini amanatnya itua dalah yang terakhir, kerana dia memang suka berpesan-pesan begitu.  Katanya, mengingati mati itu ibadah, kerana mati itu pasti.  Setiap kita punya giliran.  Menguruskan jenazahnya, langsung tiada payah, kerana segala apa yang diperlukan telah diletakkan setempat, mudah bagi kami mencari!  contohnya kain batik lepas, telekung untuk dipakaikan kepada jenazah dan sebagainya.  Malah siap ditulis itu dan ini.  Aku sangat kagum!  Subhanallah, dia ini memang bersedia untuk mati..Itu secara fizikalnya.  Dari segi kerohanian, usah dicakap.  Walau dalam keadaan lelah, pernah aku lihat dia bertahajud lewat malam, walau batuknya melengking tinggi.  
  bercakap mengenai mati, berapa ramai antara kita yang sudah menyediakan sesuatu untuk kematian? Aku?  Pun tidak...Pernah dia menegur, rumahku tiada kain batik lepas.  Kalau ada kematian, susah katanya.  Masa itu aku hanya tergelak.  Tapi hari ini, hijab telah terbuka.  Aku nampak apa yang dimaksudkannya..  
Berapa ramai yang menetapkan sekian-sekian amalan sunat supaya dapat memberatkan neraca timbangan nanti?  Setakat solat lima waktu yang kadang-kadang zuhur dan Asar ditunaikan hanya berselang beberapa minit tu, tak payah cakaplah...Solat sunat Hari Raya setahun sekali?  Itupun kalau tak uzur...kalau uzur, dua tahun sekali solat sunat raya pun belum tentu.  Berapa ramai di sini yang telah sempurna menutup aurat?  bertudung yang menutup bentuk dada, berbaju yang menutup lekuk punggung, longgar tanpa membayangi apa-apa bentuk?  Berapa ramai yang telah sanggup bersedekah walau dirinya makan ala kadarnya sahaja?


Pengajaran Ketiga
"Maka bila Aku berkata jadi, maka jadilah ia.."
Janji Allah itu pasti.  Ajal kita pasti.  Tidak akan terlewat seminit dua, atau sesaat dua pun ia.  Ajal datang tanpa pesan, tanpa salam pembuka kata, tanpa mukadimmah.  Maka rugilah bagi mereka yang tidak bersedia.  Bekalan perjalanan yang panjang itu perlu dikumpul berdikit-dikit, dan tidak boleh dilengahkan lagi.  Kerana kematian kita pun tidak akan dilengahkan.

So?  This is my call...when's yours?

Tok, terima kasih kerana tetap meninggalkan pengajaran walau dalam bentuk sebuah kematian..

Sama2la kite menpersiapkn diri kite untuk menghadap  Allah s.w.t...kemastian itu pasti tanpa mengenal usia,..bertaubatla kite semua sebelum nyawa dihalkum, sebelum pintu taubat ditutup...kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya...
hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

0 comments: