BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

oppsss imtihan!!!



Assalamualaikum...segala puji bagi Allah yang mengurniakan hidayah dan taufiqNya...selawat dan salam buat Rasul junjungan, pemberi syafaat kepada kite kelak... Salam sayag buat keluarga, sahabat - sahabat,...Salam imtihan buat sahabat - sahabat tercinta

Setelah tiba penghujung semester, maka musim imtihan kunjung tiba. Selamat menjawab peperiksaan dengan cemerlang buat sahabat - sahabat semua...

STUDY SMART, DON'T STUDY HARD


Kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kite semata - mata...soal UTAMA dan PERTAMA adalah KEBERKATAN dariNYA... bukan hendak menafikan titik peluh kite, tapi kite harus sedar adanya Tuhan mengatur segalanya... biarpun sejuta ilmu kite dalami ianya tidak berharga andai tiada keberkatan dariNya... hadirkan keinsafan, hanya ilmu menjadi wadah mendekati Tuhan... luruskanlah niat belajar kerana Allah, bukan kerana ingin mencapai kejayaan semata - mata...tapi ingatlah, Allah sentiasa bersama - sama dengan orang yang berusaha!!! bi taufiq wannajjah...


Pesanan daripada seorang sahabat saya:

  • banyakkan berdoa
  • rehat biar cukup
  • minum air masak banyak - banyak
  • minta restu mak dan ayah
  • banyakkan baca Al - Quran untuk mendapatkan hidayah
  • jaga kesihatan
  • hanya Dia sahaja yang menentukan sama ada kite berjaya ataupun tidak, kite hanya usaha sedaya upaya yang kite mampu...i.Allah, syukron jazilan kathira ya sahabati

DOA + USAHA + TAWAKKAL = SUCCESS



good luck my klasmate...



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Thursday, October 28, 2010

DOA RABITAH...

video



Lirik Doa Rabitah -Izzatul Islam-

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…




HambaMU yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Wednesday, October 27, 2010

dAyA tArikAn wAnitA???


Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhwah. Lautan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah terhadap makhlukNya. Selawat dan salam diutuskan buat junjungan Agung Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat dan tabiin serta seluruh pendukung yang ikhlas berjuang meneruskan rantai perjuangan dalam menegakkan agamaNya yang suci.





Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul...
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat...tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya...jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari sisi dan pandangan Islam,bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."





Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Wahai insan...ingatlah kita di dunia ini hanya sementara...bila bila masa
sahaja nyawa ini boleh ditarik balik...bertaubatlah sementara sempat....
kerana mungkin kita tidak akan sempat...hanya Tuhan maha mengetahui...nilaikanlah perlakuan seharian kita...dan fikirkanlah...adakah kita akan sempat memohon ampun dan maaf...kita manusia yg mudah lupa dan amat mudah diperdaya dengan kemewahan dunia...oleh itu...sentiasalah mengingati Allah...kelak ia mampu menghindarkan sebarang perbuatan yang mungkar...




HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?


Assalamualaikum w.b.t...segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa, Allah Maha Agung, segala puji hanya kepadaNya...selawat dan salam kepada kekasih Allah, para sahabat terdahulu, sahabat - sahabat seperjuangan sekalian...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

      Alhamdulilllah masih diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan sahabat - sahabat semua...Allah menurunkan Al-Quran secara beransur - ansur melalui Rasul pilihanNya iaitu Nabi Muhammad s.a.w, agar Al-Quran dapat diamalkan serta dijadikan petunjuk buat kite semua sebagai hambaNya. Allah telah memberi jaminan, sekiranya kite mengamalkan dan mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah, maka syurgala tempat yang selayaknya...






    Diantara sebahagian undang - undang Al-Quran ialah mengaturt dan memimpin agar seorang wanita itu menjadi wanita solehah, agar wanita tersebut terselamat daripada bahaya rogol, zina, dan fitnah. Namun, dunia hari ini dapat kite lihat lebih mengamalkan undang - undang manusia berbanding undang - undang Allah. Maka jadilah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan terjadilah zina dan fitnah dan banyak lagi kemungkaran(peliharala hambaMu Ya Allah)...





Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan hak - hak kita diatas muka bumi ini...jangan sesekali kita cabuli hak - hak yang telah digariskan. Sama - samalah kita muhasabah diri kita dan perbaiki segala kekurangan yang terdapat dalam diri kita. Sesungguhnya kita mengetahui halal dan haram, kite tahu salah dan silap. Persoalannya, kenapa kita tidak dapat melaksanakannya seperti yang telah disyariatkan. Tepuk dada, tanya iman...jgn tanya Aiman, Aiman x kisah...^_^


Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.


Hak terutama dan yang tertinggi ;
Adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.
Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-
فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا
Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?
Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.
Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.."
 ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)


Hak kedua ;
Adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.
Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.


Hak ketiga ;
Adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :
لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف
Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)


Hak keempat dan yang ke seterusnya ;
Adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.


Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.


Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut dan telinga, berseluar ketat, bert-shirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Tidak boleh campuri urusan orang lain?
 
"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.


                                         Tunjukkan kepada yang berhak saje...


Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.


Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati. 
Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.
Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-


1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.
Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.
Sabda nabi SAW :
إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)


2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.
"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.
"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"
"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"


Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.


Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin...masyaAllah


Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.
"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.


Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.
"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.


Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je,  berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.


Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.
Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.
Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.
Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah...


Panduan pemakaian yang disyariatkan....







Tapi ade je yang beranggapan...pakai tudung labuh cam mak cik nak pergi pasar, pakai stoking nampak warak, pakai stoking tangan(panas),baju ni x ikut fesyenla,bla - bla...


Wahai kaum hawa sekalian, syurga tu bukan mudah untuk dihuni...ok???


Dan ingat, Allah mencari dikalangan hamba - hambaNya yang menjaga aurat mereka walau kemana saje mereka pergi...(kuatkan hatiku Ya Allah)







sumber


HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMU...

Tuesday, October 26, 2010

Wanita Solehah Idaman Mujahid



"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”





Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w serta para sahabat...
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah(tidak lupa kepada kaum keluarga seagamaku~palestin~,smoga kalian berada dibawah lindunganNya)...alhamdulillah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana menggerakkan hati ini untuk berkongsi artikel yang begitu menarik sekali...diriku harap artikel ini dapat membuka mata kita sebagai kaum hawa serta tidak lupa juga kepada kaum adam agar kita sama-sama ber"cinta" dijalan yang benar. Diriku masih ingat kata-kata daripada Ustaz Hasrizal iaitu " Dosa semalam, menghancurkan kebahagiaan pada hari ini(kepada yang dah berkahwin). Namun, kata- katanya dapat kita jadikan panduan kepada diri kita untuk memimpin diri kita serta mengelakkan daripada berlakunya perkara seperti yang diungkapkan beliau.nauzubillah...
" Dosa semalam, menghancurkan kebahagiaan pada hari ini"...bagaimana ya???
Apa tidaknya, cuba bayangkan...alam remaja yang penuh keasyikan, penuh kegembiraan, penuh dengan warna - warni serta corat - coret kehidupan yang manis, semanis dodol yang dijual di Pasar Siti Khadijah...lindungi hambaMu Ya Allah...
Tidak dinafikan ramai remaja - remaja yang ber"kaple"...ade 'buayafriends' dan 'gelifriends' masing - masing...situasi inilah yang menyebabkan " Dosa semalam, menghancurkan kebahagiaan pada hari ini"...
Situasi ini akan berlaku setelah anda melayari gerang perkahwinan setelah usia perkahwinan anda mencecah 2 tahun, 3 tahun dan tidak mungkin dalam masa 3 bulan iaitu diawal perkahwinan. Hal ini berlaku kerana timbulnya syak wasangka serta keraguan terhadap pasangan masing - masing. Apa tidaknya, masa "kaple" dulu pernah tipu mak & ayah untuk kuar dating, penah tipu untuk belikan hadiah untuk pasangan dan yang paling teruk membawa pasangan masuk ke dalam bilik@rumah sewa@pangsapuri dan seumpamanya...katanya nak tumpangkan solat, nak tumpangkan tukar pakaiaan dan bla - bla...subhanAllah
Jadinya, perkara diatas akan menghantui anda dan pasangan setelah berkahwin..."klu waktu kaple,dia boleh je tipu mak dia,mungkin diapun boleh tipu aku sekarang"...'klu time kaple dulu dia boleh je tumpangkan aku kt rumah dia,mgkin diapun akan lakukan perkara yang sama sewaktu ketiadanku...."
Syak wasangka ini akan berterusan dan akan menimbulkan pergaduhan antara anda dan pasangan...ianya mungkin akan berlanjutan sehinga ke mahkamah dan jalan penyelesaiannya..."DIVORCED"..."KAMI TIDAK SERASI"...allahuakbarx3
Ni secara ringkasnyala...jadi kite kenalah ambil iktibar...kaple ni haram tau...saya ulang...kaple ni haram tau(jauhi hambaMU Ya Allah)...


Allah tidak redhai hubungan cam ni...telah ada peringatan supaya kita tak menghampiri zina..kalau menghampiri zina pun dah mengundang murka Allah,apatah lagi dengan betol-betol melakukan zina...kan???ada banyak sebab yang membawa kepada zina...kita boleh fikir sendiri...tapi bagi yang dah terjebak dgan zina,bertaubatlah..."KASIH SAYANG ALLAH MENDAHALUI KEMURKAANNYA",mungkin kita tak rasa bersalah..'kubur kan lain-lain'...tapi bila dah TERmengandung,mulalah hilang arah...masa nie lah baru nak gelabah...mula terfikir melakukan dosa yang lain iatu gugurkan kandungan atau buang anak kat mana-mana...dah jadi senario normal kan...kesian kat baby tu...mereka menjadi mangsa keadaan...


SURAH AL-ISRA' Ayat 32 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).

fikir - fikirkan dan selamat beramal...
peliharalah hambaMu ini Ya Allah...
Sekarang, lapangkan dada...kosongkan kotak fikiran anda...bacalah artikel dibawah ini...

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan ayah(rindunye kt mereka). Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
 ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan daulah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. 
Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk baitul muslim antara aku, zaujku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)



Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) " 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
 “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”


Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


















.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

 hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Assalamualaikum w.b.t...





Segala puji bagi Allah yang mencipatakan alam ini. Maha Suci Allah yang menjadikan siang dan malam. Maha Suci Allah yang Maha Pemberi Nikmat dan Pemberi Rezeki...

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga serta sahabat seperjuangan sekalian yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam meneruskan perjuangan kekasih Allah...

Demi darussalam tercinta...pathoni... acheh...palestin


Alhamdulillah segala puji bagiNya, saya masih diberikan nikmat IMAN. Salah satu nikmat yang tiada bandingan dengan nikmat - nikmat yang lain...SubhanaAllah...Allahuakbarx3


Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berhasil menyiapkan blogger pertama saya setelah sekian lama ingin mempunyai blog sendiri. Niat dihati hanyalah satu, untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan sahabat-sahabat dan kenalan. Sesungguhnya, diri ini hanyalah insan yang kerdil lagi doif. I.Allah saya akan menggunakan platfom ini untuk berdakwah. " Kekasih Allah berpesan, sampaikanlah pesanan walaupun satu ayat ". InsyaAllah. Pepatah Arab juga ada menyebut, " ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah." Ilmu yang kita perolehi hendaklah sama-sama kita amalkan serta berkongsi dengan orang lain, barulah ianya berguna dan berfaedah...(kalu ade ilmu, tp x amalkan...hmm)...sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu juga dariNya yang disandarkan kepada diri ini sebagai hambaNya...semoga diri ini thabat dalam perjuangan...i.Allah...

ampunkan dosa hambaMu Ya Allah...
lindungilah kami Ya Allah...
peliharalah kami Ya Allah...



sahabat-sahabatku :
 sesungguhnya manusia sering terlupa, terleka dengan dunia yang hanya sebagai pentas lakonan.

" tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk(kepentingan)kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya zahir dan batin.  Dan diantara manusia ada juga yang membantah tentang(keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan."( SURAH LUQMAN :20)

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...