BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 22, 2011



NIKAH KHITBAH SATU ALTERNATIF


1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,ada pihak yang menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .


An Nur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan


6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga



justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks ,maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti





sumber...

hambaMu yang kerdil mencari keredhaanMu...

Saturday, April 16, 2011


~PENDAPAT MAK BAPAK KORANG~



Salam buat segala pejuang agama yang tak pernah rela lelah.

Masa dalam perjalanan kerumah menaiki keretapi, aku terlihat akan seorang budak lelaki yang mungkin berumur likungan tiga tahun. Rambut budak tu memang ‘top’. Siap ada ekor lagi.

Pendapat mak bapak korang!
Supaya kalian nampak bergaya. Takdela kampong sangat. Paling kurang nak tunjukkan yang diorang ‘caring’ kat kalian. Hinggakan gaya rambut mereka peduli.







Pendapat l bro m!
Ha, eloklah tu. Nanti besar-besar jadi samseng. Pukul guru. Pukul jiran. Pastu kalaulah anak-anak ni pijak kepala kamu(mak bapak) aku orang pertama ucap tahniah. Siapa suruh cop anak-anak jadi samseng.

Penerangan:

Pangaturan Allah itu melebihi segalanya. Wahai si anak walaupun ibu dan bapamu menzalimimu namun ku harap dengan hadirnya saudara-saudaramu yang bertakwa. Yang mana engkau mendapat hidayah dan menjadi anak yang soleh melaluinya.


Masa kenduri rumah sepupuku, datang la beberapa orang tetamu yang aku tak kenal. Si anak lelaki yang mungkin berumur  lima tahun dengan gelang ditangan berlagak aksi. Ditawarkan rokok daun oleh si ayah lalu ketawa bersama-sama.





Pendapat mak bapak korang!
Tak mengapa, pakai gelang je pun. Bagi mereka hisap rokok daun je pom. Lagipun budak manalah tahu apa-apa.

Pendapat l bro m!
Nanti mereka rembat duit kamu(mak bapak) untuk beli rokok aku la orang pertama yang ucap tahniah.  Memang akal sudah berada taraf rendah. Mahu saja disepuk kepala kalian. –senget!

Penerangan:

Pangaturan Allah itu melebihi segalanya. Wahai si anak walaupun ibu dan bapamu menzalimimu namun ku harap dengan hadirnya saudara-saudaramu yang bertakwa. Yang mana engkau mendapat hidayah dan menjadi anak yang soleh melaluinya.


Masa kusyuk membeli seluar la Pusat beli belah Pantai Timur. Aku tengok seorang mak cik ni sedang berbincang dengan anak  perempuannya yang mungkin berumur 13 dan 14 mmm 15 kot, eh 16.. arghhhh!!! Tak kisah la, tapi dah sekolah menengah rasanya.




Ibu: Ambil baju yang ini la ya. Nampak lawa je. (sambil menunjukkan baju yang berlengan pendek berwakna hitam dan pink. Nampak baju tu memang  maksimun tahap maut fitnya.)

Anak: mm ok.

Pendapat mak bapak korang!
Supaya anak dia dapat bergaya, hidup mewah tak macam mereka zaman kanak-kanak dulu. Mungkin anak ni akan hidup lebih ceria dengan kemewahan.

Pendapat l bro m!
Nanti bila anak kamu(mak bapak) kena rogol aku lah orang pertama yang ucap tahniah ya. ARGH! Senget betul.  Rasa nak sound je, tapi takut dia cakap “ko sibuk apasal? Dah ko takde duit so, senyap la. Pakai selekeh je”. Pastu geram nak jawab “mak cik, saya walau berkain sarung berbaju pagoda je pun janji aurat saya sempurna. Maruah saya bela daripada pakai baju mahal-mahal tapi aurat entah tak jaga sama nak tempah neraka”. Itu imaginasi je hehe.

Penerangan:

Pangaturan Allah itu melebihi segalanya. Wahai si anak walaupun ibu dan bapamu menzalimimu namun ku harap dengan hadirnya saudara-saudaramu yang bertakwa. Yang mana engkau mendapat hidayah dan menjadi anak yang soleh melaluinya.

Imam al-Ghazali mengingatkan, “Anak-anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajar kepada kebaikan, maka tumbuhlah menjadi anak yang baik.”

Kesilapan si ibu dan si bapa dalam mentarbiyyah anak, makanya terhasil lah mutu anak yang amat meracuni masyarakat. Lihat sahaja mahasiswa kita. Majoriti mereka yang kurang berakhlak datangnya dari acuan keluarga yang bermasalah.

Mungkin para ibu bapa perlu memandang serius. Jika tidak masalah ini akan terus diwarisi turun temurun tanpa ada satu titik noktah.





Demo Fathoni Darussalam

Sekian l bro m (aku warisan fathoni)

-hatimu di hatiku

komen2 from shbt2 blogger:

1)



tulah mak bapak zmn skrg.. sebab tu lahirnya anak2 seperti generasi kite cenggini..
nanti camne la plak ek generasi selepas kite..
maybe pakai seluar kecik ngn baju kecik jer kot..



2)
tp xle gak salahkan mak bapak tu 100%... ade je anak yg dapat didikan agama yg sgt baek dr ibu-bapa drg tp bila besar wat benda xbetul juga...
dan ada juga anak yg xdapat didikan agama yg baek dr ibu-bapa drg tpi bila da besar, jadi org baek2 juga hasil dari didikan dan tarbiyah dari mana2 tmpt lain+hidayah+kemahuan diri sendiri

apaperpun segalanya terpulang pada diri sendiri, dalam diri setiap Insan tu Allah dan berikan dua kecenderungan,samada utk berbuat jahat ataupun baik..cuma terpulang pada diri sendri utk memilih yg mana suka.. boleh refer surah as-syams aya 8-10

moga Hidayah Allah akan terus mengiringi hari2 kita,wallahu'Alam...
Moga nanti kita mampu mendidik anak2 kita dengan didikan agama dengan sempurna..Sedih melihat persekitan sosial yang merosakkan sekarang..






3)





First of all, entry ni sempoi and berkesan! Rate:5 star. Hee.. ~



Apa nak kata... rutin kehidupan kini, begitulah!
Si mak dan si bapa memang 
teruk sgt la kalau ajar anak2 mcm tu. Dan si anak pun memang bengap juga la kalau t'pengaruh dgn rkn2 lain. Sebenarnya bagi mengelakkan 'benda' mcm ni semua pihak memainkan peranan; pihak ibu bapa, guru, anak2, remaja, dan tidak ketinggalan masyarakat.
Masyarakat t'utamanya:
"Ala...apa lah kunonya mamat tu pakai songkok, rambut macam askar lak tu! Tak tahu trend langsung!" 
(biasalah...zmn skang ni rambut kebanyakannya panjang...hui!)
"Hish! Lagak alim konon. Ke hulu ke hilir pakai baju kurung. Ala, talam dua muka je tu. Orang suma ikut trend, minah ni je ketinggalan zaman. Kuno tahap maksimum betul!" 
Biasala... dah ramai org pakai baju..tapi 'lut sinar' kat mata org...

Masyarakat zmn sekarang kebanyakannya mcm ni.. Semoga kita semua sedar dan tidak selalu bermain dlm 'mimpi'...


hambaMu yang kerdil mencari keredhaanMU...

Wednesday, April 13, 2011







video



Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina








Sunday, April 10, 2011

~~Mencari dana ke SABAH~~

Assalamualaikum wb.t
segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam
segala selawat dan salam buat Rasul junjungan
alhamdulillah, masih diberikan nikmat Iman dan Islam olehNya


      Alhamdulillah, post kali ini nak berkongsi dengan sahabat2 serta pengunjung blog berkaitan " mencari dana ke Sabah". Klasmate ana semua telah membuat kata putus untuk melawat Sabah pada tahun hadapan, kami semua SEM 3  degree time tu. Jadi, ahli jawatankuasa telah dilantik dan kami mengambil keputusan untuk berniaga bagi mencari dana.(ish2,nk p bru nk mcri danakn,cm nila kmi warga PK,^_^). Jadi kami warga PK, mengambil keputusan untuk menjual sosej, nuget, air laici susu, bebola ketam n yg sewaktu dengannya bagi mengumpul dana. Jualan kami bermula pada hari ini, apa yang penting adalah kerjasama antara kami semua. Alhamdulillah, semua abis terjual. 

`kami warga PK`



~ sem 1~

~permulaan jualan~

nuget + bebola ketam n udang





~siap utk dijual~




~air laici susu~

~utk dijual~


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

~PENGETAHUAN YANG PERLU DIKETAHUI OLEH KAUM HAWA~



Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
 segala selawat dan salam buat Baginda Rasulullah s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat serta para muhajid/ah pejuang Islam...
alhamdulillah, Allah berikan kesempatan untuk 'update' blog
dek kerana kesibukan, blog ini kelihatan suram tanpa post yang baru

     Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kami Lajnah Helwi IPG KKB berjaya menganjurkan program Girls' Day yang diadakan selama 2 hari berturut-turut. Antara program yg berlangsung ialah, ceramah kesihatan wanita, pertandingan gubahan sejadah, slot tanyalah ustazah, pameran kesihatan, pertandingan batu seremabn dan congkak serta 'red carpet competition'. Alhamdulillah...bak kata ustazah Ismaliza "walaupun kehadiran tidak menggalakkan, kita ibaratkan kerusi-kerusi dibahagian belakang dipenuhi oleh malaikat-malaikat rahmat...amiin3..^^

      Oleh kerana program ini kami namakan Girls' Day, jadi kesemua aktiviti melibatkan kaum hawa. Suka utk ana berkongsi salah satu slot untuk ana jadikan post pada kali ini iaitu "SLOT TANYALAH USTAZAH". 





Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapakah  ini boleh terjadi??


Ramai yang beranngapan. solat ketika Haid tidak perlu diqada??

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)





HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!




~we love we care~



HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...