BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Jasamu akn kukenang sehingga kehujung nyawaku...

           Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

           Alhamdulillah hari ini paper last exam, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik sekali. Alhamdulillah, Segala Puji BagiMU...hm,sudah lame rasenye tidak menulis kerana 'buzy' dengan exam ditambah dengan urusan - urusan yang lain. Seorang sahabat ade menegur, " dh lame x update blog"...he2, x sempatla...

            Sebelum balik rumah ' welcome trg, home sweet home', saya nak postkan lagu - lagu untuk insan yang amat - amat saya cintai dan sayangi iaitu mak dan ayah saya. Dah lame tidak melihat wajah mereka, hanya panggilan telefon menghubungkan kasih antara kami...sob3. Rase tak sabar - sabar nak balik, bas pukul 1.30,i.Allah sempatlah nak hadiahkan lagu ni untuk mereka. Sesungguhnya ibu bapa mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah.

              Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)


           Firman Allah bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14) 
              Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat saya balas dengan wang ringgit. Terima kasih kerana bersabar melayan karenah anakmu ini.

                Daripada Abdullah Amru, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)


                                                             pErMaTa HATIKU...
                                                              



video


                                                          yA AllaH, rhmati ibu dan ayahku...



                                                         minta maaf salah silap,...


KISAH ALQAMAH...

Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW menjadi cerita yang terus diulang sebagai iktibar kepada generasi hari ini supaya menghormati serta menghargai ibu tidak kira dalam apa keadaan.
Alqamah ialah pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa serta bersedekah, namun dia lebih mengutamakan isteri berbanding ibunya yang makan hati berulam jantung dengan perbuatan Alqamah.
Akibatnya dia tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya sehingga Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah apabila ibunya yang berkecil hati enggan memaafkan anak itu.
Tindakan Rasulullah SAW menyebabkan ibunya segera memaafkan Alqamah yang kemudian dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah. Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)
Walaupun hatinya kecewa, kasih sayang ibu mengatasi segalanya sehingga sanggup melupakan perbuatan anak semata-mata untuk melihat mereka mendapat keredaan Allah. Oleh itu, anak sepatutnya sanggup berkorban apa saja demi ibu.
Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak dan melayani ibunya dengan baik. Islam juga mengharamkan anak melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaan ibunya. Pendek kata, ibu ialah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan yang dilakukannya.
Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”
Hadis Rasulullah SAW mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain walau kepada bapa sekalipun.
Alangkah sedihnya melihat masyarakat hari ini apabila ada anak sanggup mendera, membiarkan malah mencederakan ibu bapa apabila kehendak hati tidak dipenuhi atau disebabkan nasihat untuk kebaikan diberi.
Anak yang menderhaka terhadap ibu bapa kerana hilang nilai keimanan dalam diri dan jiwa dikuasai hasutan nafsu. Tekanan hidup hari ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan kian jauh dan institusi keluarga makin rapuh.
Namun, apa juga cabaran, itu bukan alasan untuk menidakkan hak ibu atau membolehkan anak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Ada kala, ibu tidak memerlukan wang ringgit tetapi cukup perhatian diberi anak mereka.
Anak yang derhaka kepada ibunya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup ketika di dunia dan akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti menderhaka kepada Allah. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa, sekiranya ibu bapa meredhai kite, nescaya kite mendapat redha Allah.


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Wednesday, November 3, 2010

CINTA DILANGIT GAZA!!!

Assalamualaikum w.b.t...segala puji bagi Allah, Tuhan yang memenangkan Islam di atas segala pakatan Ahzab dahulu dan hari ini. Segala selawat dan salam buat Rasul junjungan yang dicintai yang telah memberikan kepada kite keteladanan yang baik untuk kite harungi medan amal islami dan medan menabur bakti yang luas dan tidak bertepi.allahuakbarx3...salam perjuangan untuk pejuang - pejuang Islam di Palestin, Pathani, Kemboja, Acheh yang tidak penah gentar dengan musuh - musuh Islam. 


Gaza...bermandi darah, dijerkah bom gila,
Gaza...sebaris peta ummah yang luka,
Gaza...air mata tumpat, disengat derita,
Gaza...tulang robek, raung tangis sendu duka,


ANTARA PEMIMPIN - PEMIMPIN BESAR YANG SYAHID :


  • Almarhum as - Syahid Hassan al - Banna
  • Almarhum as - Syahid Syeikh Ahmad Yassin
  • Alamrhum as - Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi
  • Alamrhum as -Syahid Dr Nizar Abdul Qadir Rayyan





Alhamdulillah...tepat jam 12.25 a.m, saya telah mengkhatamkan buku CINTA DI LANGIT GAZA...Syukron jazilan kathira kepada sahabat saya, Raja Hanif kerana mencadangkan buku ini. Alhamdulillah, bolehla saya menambah koleksi saya...^_^

Segala puji bagiNya... Buku ini menceritakan pengalaman penulis iaitu Ustaz Riduan Mohamad Nor bersama NGO Muslim Care yang menjalankan misi kemanusiaan di beberapa buah negara seperti Palestin, Acheh, Kemboja...



Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk 'Cinta Di Langit Gaza', bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra' itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al-Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup di bawah Syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua.

- Penulis



HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

Monday, November 1, 2010




  Aku Cinta Allah 

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpa-Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku
Ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

13 PERKARA DALAM SOLAT...


                     Assalamualaikum w.b.t...alhamdulillah, sgala puji bagi Allah yang telah memberikan kepada kite nikmat Iman dan nikmat Islam. Tidak lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah berjuang, bersimbah keringat dan darah untuk menjulang agama tercinta ini sehingga kita tersentuh dengan nikmat angin sejahtera Islam. Juga salam perjuangan buat pejuang - pejuang Islam di Palestin, yangs saat ini masih memberikan perlawanan yang sengit kepada Yahudi Zionis Laknatullah...allahuakbarx3





Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang dan peluang untuk menulis dan berkongsi ilmu dengan sahabat - sahabat sekalian. Saya ingin berkongsi berkaitan dengan rahsia dalam solat. 

Sesungguhnya solat adalah tiang agama.

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...






Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1. Niat Sembahyang, sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah, sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk, sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal, akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud, memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud, akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir), menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir, sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi, sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam, memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib, akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!



hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...