BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 15, 2011

MARWA AL SHERBINI


                    Assalamualaikum w.b.t…segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam yang berkuasa atas setiap sesuatu. Segala puji bagiNya yang mencampakkan rasa ketenangan dalam hati dan Dia juga yang mempermudahkan segala urusan hamba - hambaNya...alhamdulillah...rasenye sudah lame tidak 'm’update' blog dek kerana sibuk dengan tugasan seharian. Apepn, hari ini nak berkongsi kisah MARWA AL SHERBINI. Rasa terpanggil untuk berkongsi kisah Marwa Al Sherbini setelah mengikuti aktiviti bersama - sama sahabat yang kami diberi nama "Mujahidah Turun Padang". Beberapa aktiviti yang kami jalankan bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal, mengeratkan ukhwah antara kami serta berbincang berkenaan isu semasa, Salah satu isu yang diperbincangkan berkenaan MARWA AL SHERBINI iaitu seorag warga Mesir yang tinggal di Jerman dan dibunuh secara kejam kerana mempertahankan hijabnya.


               Di Mesir hari ini, Marwa al-Sherbini, yang dibunuh kejam di Dresden, Jerman kini dikenali ramai sebagai tokoh yang syahid kerana pemakaian hijabnya. Berita hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuhnya selepas perbicaraan dua minggu mendapat tempat istimewa di saluran televisyen nasional Mesir. Di Berlin, duta mesir ke Jerman, Ramzi Izzudin memberitahu media pembunuh Marwa, Alexander Wiens telah menerima "hukuman paling keras."



               Jurucakap kementerian luar Mesir, Hossam Zaki menerima berita hukuman itu senang, menegaskan bahawa "keadilan telah terlaksana" dan hukuman itu merupakan "satu amaran kepada mereka yang terdorong oleh kebencian." Wiens, warga Jerman berketurunan Rusia menikam Marwa sekurang-kurangnya 18 kali di sebuah mahkamah di Dresden Julai lalu, ketika wanita itu memberi keterangan terhadap beliau dalam satu kes fitnah. Wiens memanggil Marwa "teroris" dan "Islamis" - istilah popular yang membawa konotasi negatif walaupun masih didebatkan penggunaannya oleh komuniti akademik - di sebuah taman permainan kanak-kanak hanya kerana wanita Muslim itu memakai tudung.Marwa ketika itu meminta Wiens memberi ruang untuk anak lelakinya, Mustafa yang berusia tiga tahun untuk bermain di buaian.

               Marwa, ahli farmasi berusia 31 tahun sedang hamil tiga bulan ketika dia dibunuh. Anaknya ada bersama di mahkamah tersebut ketika itu. Satu susana yang tidak masuk aqal, bagaimana boleh si pembunuh ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup.

`ribuan penduduk mengiringi jenazah beliau`

            Suami Marwa, Alwi Akaz, kini tempang akibat kecederaan dialami dalam insiden itu. Perincian kejadian itu mengejutkan warga Mesir dan tercetus kemarahan terhadap tindak balas perlahan pihak berkuasa Jerman menghulurkan simpati dan menangani dakwaan Islamofobia. Hakikat bahawa suami Marwa ditembak kerana disangka penyerang mendedahkan prejudis yang wujud di negara Eropah itu. Seminggu selepas kejadian, pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel mengucapkan simpati kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tetapi Merkel tidak membuat komen secara terbuka. Pada masa sama, ribuan menghadiri pengkebumian Marwa di kampung halamannya di Iskandariah. Ramai membawa kain rentang dengan slogan menuntut pembalasan.



            Ada juga yang berdemonstrasi di luar kedutaan Jerman dan di Masjdi al-Azhar di Kaherah, dengan sebilangan mencela Jerman sebagai "peradaban zalim" dan menjeritkan tuntutan hak asasi dan keadilan. Perbicaraan Wiens mendapat liputan luas media Mesir, dan sekumpulan peguam Mesir hadir di Dresden dan dibenarkan mengemukakan hujah perundangan. 

            Beberapa orang tokoh perundangan Mesir memuji keputusan mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman ke atas Wiens, tetapi ramai warga Mesir melahirkan perasaan alangkah baiknya sekiranya Jerman melaksanakan hukuman mati. Suami Marwa memberikan keterangan yang meruntun jiwa, menceritakan bagaimana anaknya, yang kini tinggal di Mesir bersama keluarganya, merindui ibunya. Alwi sekeluarga berpindah ke Jerman untuk dia meneruskan kajian doktoral biologi melekul tetapi kini melahirkan kemungkinan akan meninggalkan Dresden.


~ senyuman seorang syuhada~



  

            Tarek Sherbini, abang Marwa, berkata "imej rakyat Jerman sangat buruk" ekoran kejadian serangan itu dan mendakwa kejadian itu menunjukkan kebencian terhadap Muslim. Hubungan Jerman dengan Mesir dan dunia Islam mampu terjejas akibat kejadian ini, terutama sekiranya reaksi lanjutan tercetus dan membakar sentimen. Jerman didiami oleh 4 juta Muslim, komuniti Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis. Sebagai memperingati wanita digelar "Syahidah jilbab" ini, nama Marwa kini dirancang untuk dijadikan nama jalan di Iskandariah.
        
       Sama - sama kite renungi kisah Marwa, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Syahid disisi Allah kerana tudung yang dipakainya. Bagaimana dengan kite pada hari ini??? Islam diketepikan...asalkan bergaya, ikut trend terkini...artis menjadi ikutan, pujaan...nauzubillah...
ingatlah wahai kaum wanita sekalian, tidak terlepas juga diri ini yang kerdil lagi dhaif dengan ilmu - ilmu Allah...kebahagian yang kite kecapi pada hari ini adalah yang sementara sahaja. Sesungguhnya, kebahagian diakhirat kelak adalah kebahagian buat selama - lamanya. Sama - samala kite menjaga aurat kite...takutlah akan NERAKA SAQAR( api yang membakar kulit)...sama - sama kite muhasabah diri kite...wallahualam





-marwa al sherbini disamping suami dan anak-


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...



1 comments:

Musafir Cinta Ilahi said...

serikandi pilihan..
ibarat mawar yang berseri kemerah-merahan..
Allahu AKbar!