BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

10 WASIAT AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA



            Assalamualaikum pembuka bicara....segala puji bagi Allah yang telah memberi ruang dan peluang untuk ana berkongsi sedikit sebanyak info dengan sahabat - sahabat semua. Segala selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad s.a.w., kaum keluarga baginda dan sahabat shabiah....
          Sudah lame ana tidak mejenguk blog ana dek kerana jaringan internet yang tidak memuaskan. Banyak perkongsian yang ingin ana 'post'kan untuk tatapan sahabat - sahabat. Alhamdulillah, hari ni ana ingin berkongsi 10 WASIAT AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA, ana begitu teruja sekali setelah mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan As Syahid setelah ana memilih beliau sebagai tokoh tamadun Islam bagi menyiapkan asigment ana...alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya...








1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.



2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.


3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.


4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.


9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.



"Sesungguhnya apa yang diketahui oleh orang ramai mengenai As Syahid Imam Hassan Al Banna adalah sangat sedikit berbanding dengan hakikat sebenarnya. Batinnya adalah beribu kali lebih baik daripada zahirnya, beliau mempunyai satu keperibadian yang sama di dalam dan di luar rumah yang mana dia adalah contoh ikutan bagi setiap individu dalam keluarganya begitu juga bagi semua saudaranya dalam jemaah Ikhwanul Muslimin. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa."









renung - renungkan, dan selamat beramal...^^


 hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

2 comments:

Musafir Cinta Ilahi said...

syukran prkongsian~sama2 beramal dgn wasiat as-syahid hassan al-banna=)

~serikandi istisyhad~ said...

i.Allah, syukron ya sahabti..
doakn moga dri ini terus istiqomah...^_^