Bismillah...dengan nama Allah yang paling Agung,
Memegang 'title' ikhwah/akhawat/ahli usrah/orang-orang ditarbiyyah/dai'e , bukan lesen untuk kita berasa diri ini lebih dari orang lain.Tidak,bahkan tanggungjawab kita lebih berat daripada mereka yang masih belum faham di luar sana.Sedarkah kita, dalam kita mengikrar janji setia untuk mendokong dakwah ini, masih lagi hati kita mahu mencari keseronokan dunia? Bukan semua, tapi pasti ada.
Memang, akhawat ikhwah juga manusia.Bukan malaikat, tidak sempurna.Tetapi lingkaran tarbiyyah ini juga bukan untuk menjadikan kita hamba yang suci dari dosa.Sesekali tidak, bahkan jika kita tidak melakukan dosa sekelumit pun, Allah akan menggantikan kita dengan hamba yang lain.Hamba yang PASTI berbuat dosa, tetapi akhirnya bersujud menengadah tangan memohon keampunan-Nya.Hamba yang datang membawa segunung dosa, tetapi dengan kerendahan diri mahu bertaubat bersujud di bawah rahmat-Nya.
"Sebahagian manusia, apabila dia mendapati pada dirinya hidayah, ia bersikap keras terhadap mereka yang masih lalai, seolahnya dia telah melupakan keadaan dirinya semasa belum mendapat hidayah. Beringat, berlembut dan berhikmahlah wahai du'aatal Islam!"
Ikhwah akhawat, yang terpilih untuk duduk dalam lingkungan biah soleh ini, semuanya kerana rahmat Allah yang tidak pernah habis. Janganlah kamu sombong dan memalingkan mukamu dari mereka yang masih cuba mencari kebenaran.
Sedikit refleksi diri bagi para du'at yang mungkin terlupa terleka, sebagai sahabat dan saudara mukmin, kewajipan kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain,moga-moga dakwah ini tidak akan terhalang daripada terus sampai ke puncaknya.-Ustaziyatul Alam.
(syukran SabahanMuslim)
wahai akhwat yang ku syg, memang dalam tarbiyyah ,kita terpaksa meninggalkan sesuatu yang kita cintai selama ini, tapi kerana tuntutan dakwah dan mahu kembali mencari CintaNya, engkau sanggup meninggalkan segala 'pakaian jahiliyyah' selama ini.Sakit, perit hanya engkau dan Tuhan saja tahu. Mereka di luar cuma akan terus menghukummu jika engkau masih dengan jahiliyyah dahulu. Sabarlah ukhti, segala sakit perit itu, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik di sisiNya. Tidak kah syurgaNya begitu menggiurkan untukmu? Setiap kehilangan itu Allah akan ganti dengan cintaNya. Yakinlah, engkau akan bahagia -peringatan utk diri ini terutamanya serta sahabat2 shabiah, perkongsian drpd http://syafiqahrahmat.blogspot.com- -SEMOGA BERMANFAAT UTK KITA SEMUA DALAM MENGEJAR KEREDHAAN ILAHI- hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu... |