BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 4, 2011

Keagungan ciptaan Ilahi vs Xpdc Gunung Stong


Alhamdulillah wa syukurillah…segala puji bagi Allah yang menjadikan siang dan malam…segala selawat dan salam buat Rasululullah yang dicintai dan dirindui, salam perjuangan buat mujahid/ah penyambung rantai perjuangan baginda Rasulullah s.a.w…semoga kita semua thabat dan istiqomah dalam membantu para pejuang agama Allah dalam mempertahankan daulah Islam, namun dek kerana tiadanya lagi Daulah Islam, tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifahNya, sebagai abidNya, sebagai dai’e adalah untuk mengangkat semula martabat Islam ke tempatnya yang tertinggi…


"Islam itu tinggi dan tiada yang tertinggi melainkannya"


Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah kerana telah memilih diri ini untuk menyaksikan sendiri keagungan dan kebesaran alam ciptaanMu…` jauh kilometer, luas permandangan, bertambah kesyukuran buat yang Maha Esa `…Alhamdulillah, berakhir sudah Program Ekspedisi Gunung Stong yang dijalankan selama 3 hari 2 malam di Dabong, Jeli, Kelantan…objektif utama ptogram ini adalan untuk mengeratkan ukhwah antara kami warga Persatuan Intelektual Muallim (PIM), IPG KB, disamping untuk menikmati dan menyelami keindahan alam ciptaan Ilahi. Antara perkara yang membuat hati menjadi lapang dan tenang adalah merenungkan keindahan ciptaan Allah Yang Maha Agung di alam semesta, melihat, serta menikmati "kitab yang terbentang" ini.




di kaki gunung stong


air terjun tertinggi di asia tenggara

Subhanallah, Maha Suci Allah…dengan izinNya kami berjaya menghabiskan pendakian lebih kurang 3 jam. Pelbagai rintangan terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke destinasi, disamping mulut sentiasa melazimi zikir tanda memuji kebesaran Ilahi…kami berasa sungguh teruja akan keagungan ciptaan Ilahi…subhanallah…sebak melanda diri tatkala diberi peluang olehNya melihat kalimah “ ” pada batu, perempuan sedang berdoa yang terukir pada batu besar seolah-olah ada yang mengukirnya…Maha Suci Allah…


Maha Suci Allah
Kami juga diberi peluang olehNya untuk meilhat kebesaranNya yang jelas kelihatan pada stalagtik dan stalagmit yang membentuk pelbagai bentuk…kelihatan stalagtik yang membentuk orang yang sedang tidur, keris yang terpacak, kasut, dan sebagainya. Ana sertakan kemudian gambar2 untuk sama2 berkongsi keindahan serta keagungan ciptaan Ilahi.

Di sebalik panorama yang indah yang dapat kami saksikan, perkongsian serta makanan rohani tidak dilupakan sebagai peringatan bersama. Setiap kumpulan diminta memberi tazkirah serta perkongsian mengikut kumpulan masing-masing di setiap perhentian. Alhamdulillah, disamping melihat keindahan alam ciptaanNya, kami juga memperoleh ilmu sebagai bekalan dan panduan bersama. Perkara inilah yang membezakan program yang dianjurkan oleh orang yang ingin membawa ISLAM. Cuba kita renung2kan, kebanyakan program, ekspedisi dan sebagainya  kebanyakannya memperoleh keseronokan serta keletihan semata-mata tanpa mendapat sebarang ilmu pengetahuan. Sma2 kita mainkan peranan kita untuk mewujudkan “program islamik” untuk masa2 akan datang...I.ALLAH




Antara perkongsian daripada sahabat2 kumpulan ana(kumpulan 2) :


*Perkongsian daripada akhi Syahir :

Akhi ada berkongsi berkaitan dengan perasaan riak, ujub, takabbur yang mana akan menyebabkan segala amal perbuatan kita adalah sia-sia. Kita sudah sedia maklum bahawa syaitan LAKNATULLAH telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan kaum Adam. Sekiranya timbul perasaan yang sedemikian sama2 kita perbanyakkan istighfar, mendekatkan diri dengan Allah. Sudah terang lagi jelas, itu semua adalah syaitan LAKNATULLAH yang sedaya upaya cuba untuk menggangu kita dalam apa jua keadaan sekalipun. Akhi juga berpesan, janganlah kita menjadi syaitan disiang hari dan menjadi Muslim dimalam hari.

*Perkongsian daripada akhi AQISH
Amal Jamaei…hendaklah kita berada bersama-sama kumpulan atau persatuan yang ingin membawa Islam dan janganlah kita membawanya secara seorang diri. Walhal, kekasih Allah turut memerlukan sahabat2 untuk menyebarkan Islam serta berada dalam kumpulan, jemaah untuk menentang kafir quraisy. Pentingnya juga adalah untuk kita mendekati sahabat yang boleh memberi peringatan serta menegur salah silap yang kita lakukan kerana sedar akan hakikat diri in yang serba kekurangan.


*Perkongsian daripada ukhti Hidayah

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu: 1.Sedekah jariah .2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya. 3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.


peringatan tuk diri sendiri n shbt2,



*Perkongsian daripada ANA

Perkongsian berkaitan “ sy x layak nk tegur rakan2, sy bukan sape2, sy xcukup ilmu lagi”

Peringatan untuk diri ana sendiri dan sahabat2, ramai yang merasakan diri mereka tidak mampu menegur rakan2, tidak mampu memberi peringatan, tidak mampu untuk bercakap berkaitan agama kerana mereka merasakan ILMU MEREKA MASIH TIDAK CUKUP. Ana juga merasakan perasaan yang sama satu ketika dahulu, namun nasihat dan teguran daripada naqibah tersayang Ukhti Aishah Nadhirah masih segar di ingatan. Sahabat2, apakah yang boleh kita ukur untuk menggambarkan ilmu kita telah cukup??? Adakah dengan jumlah buku yang kita baca??? Adakah dengan banyaknya jumlah kuliah serta ceramah agama yang kita hadiri, yang kita dengari???…ana suka untuk membawa kata2 Imam Hassan Al Basri.

Satu hari Imam Hasan al Basri pernah berkata;

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"

Sebagai seorang Muslim, sma2la kita memberi peringatan, sma2 menasihati antara satu sama lain,..berkongsilah apa yang kita ketahui setakat yang kita mampu disamping kita cuba menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri kuliah agama, menyertai usrah dan sebagainya. Sesungguhnya ilmu yang kita ada sama2 kita amalkan dan sebarkan kepada orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Sampaikanlah pesanan, walaupun satu ayat…


ILMU + AMAL = SEBAR


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

0 comments: