BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 15, 2010

Jasamu akn kukenang sehingga kehujung nyawaku...

           Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

           Alhamdulillah hari ini paper last exam, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik sekali. Alhamdulillah, Segala Puji BagiMU...hm,sudah lame rasenye tidak menulis kerana 'buzy' dengan exam ditambah dengan urusan - urusan yang lain. Seorang sahabat ade menegur, " dh lame x update blog"...he2, x sempatla...

            Sebelum balik rumah ' welcome trg, home sweet home', saya nak postkan lagu - lagu untuk insan yang amat - amat saya cintai dan sayangi iaitu mak dan ayah saya. Dah lame tidak melihat wajah mereka, hanya panggilan telefon menghubungkan kasih antara kami...sob3. Rase tak sabar - sabar nak balik, bas pukul 1.30,i.Allah sempatlah nak hadiahkan lagu ni untuk mereka. Sesungguhnya ibu bapa mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah.

              Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)


           Firman Allah bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Ibunya mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14) 
              Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat saya balas dengan wang ringgit. Terima kasih kerana bersabar melayan karenah anakmu ini.

                Daripada Abdullah Amru, Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: “Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi)


                                                             pErMaTa HATIKU...
                                                              





                                                          yA AllaH, rhmati ibu dan ayahku...



                                                         minta maaf salah silap,...


KISAH ALQAMAH...

Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW menjadi cerita yang terus diulang sebagai iktibar kepada generasi hari ini supaya menghormati serta menghargai ibu tidak kira dalam apa keadaan.
Alqamah ialah pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa serta bersedekah, namun dia lebih mengutamakan isteri berbanding ibunya yang makan hati berulam jantung dengan perbuatan Alqamah.
Akibatnya dia tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya sehingga Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah apabila ibunya yang berkecil hati enggan memaafkan anak itu.
Tindakan Rasulullah SAW menyebabkan ibunya segera memaafkan Alqamah yang kemudian dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah. Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak diterima daripadanya taubat dan tebusannya.” (Hadis riwayat Abu al-Laith)
Walaupun hatinya kecewa, kasih sayang ibu mengatasi segalanya sehingga sanggup melupakan perbuatan anak semata-mata untuk melihat mereka mendapat keredaan Allah. Oleh itu, anak sepatutnya sanggup berkorban apa saja demi ibu.
Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak dan melayani ibunya dengan baik. Islam juga mengharamkan anak melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaan ibunya. Pendek kata, ibu ialah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan yang dilakukannya.
Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: “Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”
Hadis Rasulullah SAW mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain walau kepada bapa sekalipun.
Alangkah sedihnya melihat masyarakat hari ini apabila ada anak sanggup mendera, membiarkan malah mencederakan ibu bapa apabila kehendak hati tidak dipenuhi atau disebabkan nasihat untuk kebaikan diberi.
Anak yang menderhaka terhadap ibu bapa kerana hilang nilai keimanan dalam diri dan jiwa dikuasai hasutan nafsu. Tekanan hidup hari ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan kian jauh dan institusi keluarga makin rapuh.
Namun, apa juga cabaran, itu bukan alasan untuk menidakkan hak ibu atau membolehkan anak melupakan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Ada kala, ibu tidak memerlukan wang ringgit tetapi cukup perhatian diberi anak mereka.
Anak yang derhaka kepada ibunya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup ketika di dunia dan akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti menderhaka kepada Allah. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa, sekiranya ibu bapa meredhai kite, nescaya kite mendapat redha Allah.


hambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...

2 comments:

Musafir Cinta Ilahi said...

assalamualaikum..selamat bercuti..(^^,)

serikandi seorang ank solehah..
insya'allah,pasti mereka beruntung punya ank sperti ukhti~
^___^

~serikandi istisyhad~ said...

syukron nia...
i.Allah ana cuba jdi yg terbaik utk mreka..
ana akn cuba sedaya upaya...amiin2