- Almarhum as - Syahid Hassan al - Banna
- Almarhum as - Syahid Syeikh Ahmad Yassin
- Alamrhum as - Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi
- Alamrhum as -Syahid Dr Nizar Abdul Qadir Rayyan
Wednesday, November 3, 2010
CINTA DILANGIT GAZA!!!
Assalamualaikum w.b.t...segala puji bagi Allah, Tuhan yang memenangkan Islam di atas segala pakatan Ahzab dahulu dan hari ini. Segala selawat dan salam buat Rasul junjungan yang dicintai yang telah memberikan kepada kite keteladanan yang baik untuk kite harungi medan amal islami dan medan menabur bakti yang luas dan tidak bertepi.allahuakbarx3...salam perjuangan untuk pejuang - pejuang Islam di Palestin, Pathani, Kemboja, Acheh yang tidak penah gentar dengan musuh - musuh Islam.
Gaza...bermandi darah, dijerkah bom gila,
Gaza...sebaris peta ummah yang luka,
Gaza...air mata tumpat, disengat derita,
Gaza...tulang robek, raung tangis sendu duka,
Alhamdulillah...tepat jam 12.25 a.m, saya telah mengkhatamkan buku CINTA DI LANGIT GAZA...Syukron jazilan kathira kepada sahabat saya, Raja Hanif kerana mencadangkan buku ini. Alhamdulillah, bolehla saya menambah koleksi saya...^_^
Segala puji bagiNya... Buku ini menceritakan pengalaman penulis iaitu Ustaz Riduan Mohamad Nor bersama NGO Muslim Care yang menjalankan misi kemanusiaan di beberapa buah negara seperti Palestin, Acheh, Kemboja...
Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk 'Cinta Di Langit Gaza', bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra' itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al-Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup di bawah Syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua.
- Penulis
HambaMu yang kerdil, mencari keredhaanMu...
Posted by ~serikandi istisyhad~ at 6:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam rindu shbatku..
buku tu mmg terbaik..
tpi ana xhabis bace lagi..
insya'allah, tgah usha mnghabikn in dis study week~
kata2 dlm buku ini yg mnjadi roh smngat ana
"khaibar khaibar khaibar ya yahud, Jaisyhu Muhammad saufa yaud!!"
~ingt2 yahudi ttg khaibar, ingt2 yahudi ttg khaibar, tentera Muhammad akan dtg!!"
salam :) teruskan perjuangan ya ukhti!
nia:
bku ni mmg menarik...ana menitiskn air mata tatkala m'habiskn bacaan.sngguh b'beza khidupan mreka dgn kite...smoga mreka b'ada dlm lindunganNya..smoga mreka dberi kekuatan driNya..amiin2
nur:
i.Allah, perjuangan akn dteruskn shingga ke akhir hayatku..dri ini akn terus cekal dlm m'p'juangkn agamaNya..cekal juang ya ukhti!!!cekal juang...
Post a Comment