TAWAKKAL kepada Allah dengan meletakkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah yang pasti akan membantu hamba-hamba Nya. Serahkanlah hatimu kepada Allah, NATIJAH (keputusan) itu adalah urusan Allah.
~Tip-tip menghadapi peperiksaan~
+
KEJAYAAN
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" ~Imam Hasan al Basri~
Posted by ~serikandi istisyhad~ at 10:54 AM
Rebutlah lima sebelum lima...!
>Sihat sebelum sakit : menuntut ilmu selagi DIA pinjamkan kesihatan fizikal dan mental yang sempurna, kerana menuntut ilmu juga satu ibadah.
>Kaya sebelum miskin : semoga Allah merahmati, memberkati & meredhai semua ilmu & rezeki yang diberi.
>Muda sebelum tua : zaman muda hanya datang sekali seumur hidup, semoga usia muda ini terisi dengan pelbagai ilmu yang berfaedah.
>Lapang sebelum sempit : mencari dan mengutip semula ilmu yang pernah tercicir.
>Hidup sebelum mati : sebelum hati mati, dan sebelum roh dijemput Ilahi, semoga kita dapat beramal dengan ilmu yang diperolehi.
0 comments:
Post a Comment